Assalamulaikum semua..yg tersesat ataupun yg terklik kesini...anda sungguh bertuah kerana telah ditakdirkan membaca tulisan ini..Topik hari ini bkn sprti topik2 yg selalu anda dgr ataupun terbaca..sedarkah anda masyarakat islam khususnya melayu tdk seharusnya mementingkan diri sendiri?? Jelas, semakin kita hanyut didalam dunia yang dipropaganda oleh barat, kita semakin luntur adat ketimuran dan akhlak sebagai umat islam..

Ada diantara anak muda kita yang terlalu bebas, pakai apa yang dia suka, berjalan, bersosial tanpa halangan! Tidak hairanlah jika kes kelahiran luar nikah memuncak lebih2 lagi dkalangan remaja dan juga pelajar ipt. namun, itu cuma kes yang berdaftar! bg kes yang disembunyikan? pengguguran kandungan dan perkahwinan slps terlanjur? nilai kes anak luar nikah mungkin lebih 2x ganda dari apa yg dilaporkan oleh jabatan pendaftaran...Tidakkah ini akan memberi impak yang buruk bg masyarakt dan juga agama? ( anda mungkin terfikir, mengapa penulis sungguh emosional? biarlah mereka dan keluarga mereka..) Inilah yang hendak dibangkitkan oleh saya pada petang yg redup dan dingin ini...kita, tdk lg peduli ttg persekitaran dan juga org lain...tuan2 dan puan2, kita perlu ada perasan mengambil tahu dan mengambil berat ttg persekitaran kita..jgn dulu disebut mengenai maksiat,samseng jalanan dan sebagainya : untuk kita berfikir mengenai alam sekitar yang dah tercemar ini pun sgt pyh! kerana sikap individualistik dan ego kita sebagai manusia terlalu tebal..

Ada diantara kita, buang sampah merata2, pembakaran terbuka d sana sini, mmotong barisan dan juga! menggodolkan bukit bukau sesuka hati...semua ini adalah sikap individualistik kita yg akhirnya akan menghancurkan diri dan juga org lain...padahnya, pemanasan global dan pelbagai bentuk pencamaran..tidakkah kita termasuk kedalam golongan org yg zalim? membiarkan apa sahaja kemungkaran dan kejahatan berlaku disana sini adalah dikira subahat tuan2...ank2 palestin menjadi korban peluru zeonist, tapi apa yg kita buat utk mghalangnya?? adakah kita buta?? sehingga tdk dpt menilai yang baik dan yang buruk?? yang haram dan yang halal?? buangkan egomu wahai rakan blogger dan pembaca...

Dunia ini milik kita bersama, negara ini milik kita bersama, islam juga adalah milik kita bersama...jika muslimin dan muslimah tdk memperjuangkan agamanya siapa lagi?? perjuangan disini tdk menagih darah dan bukannya bermaksud peperangan...tetapi perjuagan kita sebagai umat islam di zaman moden ini adalah untuk berjihad fi sa bi lillah untuk menegakkan dan meneguhkan agama! Liberalisasi hanya akan memberikan kebebasan kepada kita untuk mengikut nafsu...Jihad yg sgt berat ialah jihad melawan nafsu dan keinginan...Lihatlah disana sini, bagaimana pakaian ank muda melayu??islam seakan2 dipinggirkan...pakaian ketat tapi bertudung?? tanpa lengan tetapi bertudung? itu bukanlah pemakaian yg dituntut syarak...

Islam itu adalah syumul dan lengkap, mengapa kita hanya mengambil sedikit sahaja daripada apa yg dianjurkn?? cukupkah sekadar mengenakan tudung bila anggota lain terdedah?? aurat bg perempuan bukannya rambut dan anggota sahaja, tetapi termasuk juga susuk tubuh badan...walaupun niat bukan untuk menggoda tetapi hakikatnya mereka menaikkan nafsu dan juga merendahkan martabat sebagai pemudi islam...Namun sehingga sekarang langsung tiada fatwa yg khusus mengenai pemakaian muslimah oleh kerajaan...kita? lebih suka mencuci mata melihat daripada memberi nasihat...bukan niat hendak mngata, tetapi sudah nyata..

bagi muslimin, amat menyedhkan kerana kita terlalu leka dgn nafsu yg 1..seorg lelaki, boleh merosakkan ramai perempuan jika tidak dikawal! dimana silapnya didikan islam di negara ini??  adakah ia bermula dari rumah ataupun sistem negara yg lebih pro kepada sekularisme barat? Lihatlah berapa byk hiburan barat yg disadur kedalam negara kita? apabila kita "on" tv, hampir 80% siaran adalah hiburan..20% dikongsi dgn berita, iklan ,pelajaran dan agama...raja pop MJ dan Yasmin Ahmad meniggal dunia digembar gemburkan! tetapi malangnya pembunuhan etnik uighur bramai2 yg rata2 mnganut islam oleh etnik Han di Urumqi (Xinjiang) China langsung tdk dihebahkan media...Begitu juga dgn pembunuhan Dr. Marwa al-Sherbini, seorg wanita berketurunan arab yg sarat mengandung di dalam mahkamah..wanita malang itu telah dituduh sbagai "terrorist" hanya kerana tdk pernah membuka hijab!! Siapa yg tahu??Semoga Allah mencucuri roh mereka yang teraniaya..itulah polemik dunia propaganda barat yg dtunjangi yahudi berfahaman zeonist..dan kita sbg umat islam masih tdk tahu berbuat apa2..

Adakah kita semakin jauh dari agama atau kita sendiri yg menjuahkn diri dari agama??? fikirkan lah...sejauh mana kita gunakan kehidupan ini untuk agama? adakah seperti yang dianjurkan iaitu 50/50? islam bukan hanya terletak kepada mendisplinkan diri dan solat, tetapi islam juga adalah mengenai kemanusian dan persaudaraan...keamanan dan juga keselamatan sejagat!

"Melayu Mudah Lupa!"Dr.M mmg pemikir yang sangat licik dan hebat..Saya amat mengagumi beliau kerana dia hebat menyuarakan kritikan terhadap israel dan amerika sewaktu beliau memerintah MALAYSIA..Evryone knows abt him and no one going to dispute that..kerana dia, masyarakat barat mengagumi malaysia dan belajar sedikit sbnyk melalui kita..Tetapi lihatlah masyarakat kita sekarang? mmg sukar dibezakan mana melayu,cina dan india kerana pakaian kita tiada bezanya lg..masyarakat melayu telah kehilangan 1 karakter utama yang membezakan kita dgn bangsa lain..Jelas, kita telah kehilangan budaya,maruah,budi bicara,adat, juga akhlak dan aklhak sebagai umat islam dan juga bangsa melayu...kembalilah...buangkan egomu! bg rakan2 blogger dan pembaca sekalian, jgnlah leka dgn kehidupan dunia sehingga kita lupa kehidupan akhirat..saya sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan jg anda..bersama2lah kita mngambil yg baik, semoga kita dpt menjadikannya iktibar dan peringatan...Assalamualaikum (^_^) Peace to the world!!