Apabila Allah menyuruh para mukminin berjihad membantu sesama saudaranya seperti apa yang menimpa saudara kita di Gaza, seperti yang diperintahkan oleh Allah di dalam Al Quran, maka para muzabzabina, munafikun dan fasikun akan memberi pelbagai alasan seperti tiada apa yang boleh kita lakukan selain daripada pergi hanya untuk mati...

Ketahuilah bahawa kamu salah dalam berfikiran demikian kerana bagi orang-orang yang beriman tidak ada erti 'kalah' dalam berperang menyelamatkan saudara-sauadara di Palestin yang ada hanya dua perkara iaitu "KEMENANGAN ATAU SYAHID" - ini bukan kami reka atas nafsu kami sendiri, ini apa yang dijanjikan atau apa yang diberitahu oleh Allah kepada Nabimu di dalam Al Quran di dalam ayat-ayat dibawah.

Maka dalam malu-malu alah sesetengah dari mereka ini akan dengan berat hati pula pura-pura menderma atas dasar kemanusiaan kepada mangsa-mangsa Gaza, sedarlah perbuatan ini juga telah ditempelak oleh Allah, dan ketahuilah samada derma itu dilakukan dengan ikhlas atau tidak, tidak akan diterima oleh Allah..-sekali lagi ini bukan apa yang kami reka tetapi apa yang disebut didalam ayat-ayat di bawah.

Sebenarnya kamu adalah kaum yang pengecut!

Sedarlah, wahai muslimin perintah Al Quran itu jelas berdasarkan ayat mahkamat (ayat-ayat jelas) bukan bukan mutasyabihat (berkias)...

Ketahuilah bahawa perbuatan kamu ini telahpun dijangka (maka oleh itu kami tidak sedikitpun terkejut! kerana kami telahpun membaca al Quran dan peringatannya) seperti apa yang diceritakan oleh Allah di dalam Al Quran dalam surah At Taubah ayat 49 sehingga 57..

Bacalah Ayat-Ayat di bawah tentang kelakuanmu wahai muzabzabina, wahai munafikun, wahai fasikun:-

"At Taubah [49]
Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: "Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.

At Taubah [50]
Jika engkau (wahai Muhammad) beroleh sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu", dan mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira.

At Taubah [51]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

At Taubah [52]
Katakanlah: "(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya, atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu".

At Taubah [53]
Katakanlah: "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu, (kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik".

At Taubah [54]
Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci.

At Taubah [55]
Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).

At Taubah [56]
Dan mereka (yang munafik itu) bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah suatu kaum yang pengecut.

At Taubah [57]
Kalau mereka dapat tempat perlindungan, atau gua-gua, atau lubang-lubang dalam tanah, nescaya mereka segera menuju ke arahnya serta melompat masuk ke dalamnya."

Kami percaya tulisan ini akan membangkitkan kemarahan kaum-kaum pendusta ini, namun kami tidak juga takut atau terkejut kerana ianya memang telah dijangka seperti apa yang Allah telah sindirkan di dalam ayat ini:-

"At Tubah: [64]
Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"

Dan kami juga menjangkakan bahawa setelah mengetahui akan sindiran Allah ini, maka dengan segera kamu akan berkata:-

"At Taubah [65]
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

Ingatlah! Allah Az Zawajalla seterusnya berfirman:-

"At Taubah [66]
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.

At TAubah [67]
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

At Taubah [68]
Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.

At Taubah [69]
(Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi."


MAKA NANTIKANLAH BALASAN ALLAH KEPADA KAMU.

SINIS: KALAU SUDAH PENGECUT UNTUK BERJIHAD MEMBANTU SAUDARA-SAUDARA DI GAZA, JANGANLAH PULA MEMPERSENDAKAN PERINTAH ALLAH BAGI YANG MAHU MENGIKUTINYA...