right_side

Labels

Bookmark and Share

  • Mod by : Gheragas
  • In:

    Kembali..

    Alhamdulillah.. =) perkongsian ilmu akan kembali diteruskan.. InsyaAllah, kali ini post2 saya akan lebih kepada konsep Iman, Ilmu dan Amal.. Walaubagaimanapun, post2 berkaitan cabang politik akan lebih neutral -_- atas maksud mencari dan menguatkan ukhwah dan perjuangan melalui titik2 persamaan..

    In: ,

    Menyalahkan orang lain..


    Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda: Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"(HR. Muslim)

    KETERANGAN:
         Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:
    Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasakan dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.
         Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.
    Demikianlah yang dijelaskan oleh para alim-ulama dan bergitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya. Di antara alim ulama yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-Thabi, al-Humaidi dan lain-lain.
           Hadis ini sengaja diletakkan diawal buku ini supaya menjadi suatu peringatan kepada kita bila menghuraikan hadis-hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan di sini yang banyak mendedahkan tentang kemunduran umat islam dan kemerosotan moral mereka. Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain. walaupun hal kerosakan moral umat islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
    Mudah-mudahan Allah swt dengan limpah kurnianya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah.Amiin.

    Petikan Daripada Buku Abu Ali Al-Banjari An-Nadawi.(sumber dari 40 hadis akhir zaman)

    In: ,

    Mujahid yang 'sial'?


    Daripada Abu Musa al-Asy’ari radhiallahu anhu bahawasanya seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah saw. lalu bertanya : “Ya Rasulullah, ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan supaya-sebut namanya, da nada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya.” Dan dalam riwayat lain “Ada seseorang yang berperang untuk menunjukkan keberaniannya, dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya ( kerana ada diantara keluarganya yang telah terbunuh dalam peperangan yang lalu)” . Dan dalam riwayat yang lain ada pula disebutkan: “Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya, maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?”. Rasulullah saw. menjawab : “sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah swt. (Agama Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah”.(HR. Bukhari dan Muslim)

    Keterangan

    Allah swt. Menghendaki supaya para mujahid mengikhlaskan niat mereka semata-mata kerana Allah swt., tidak dicampuri dengan tujuan-tujuan lain. Allah swt. hanya menerima pengorbanan yang dibuat semata-mata mengharapkan keredhaanNya dan tidak mahu menerima pengorbanan yang dicampur dengan tujuan-tujuan lain walaupun hanya sedikit.

    Sumber : Empat Puluh Hadis Penawar Hati ~ Abu Ali Al Banjari An Nadwi

    *cuba kita renungkan kisah Ali ra. Ketika di dalam suatu peperangan. Ketika beliau menentang musuh dan dia Berjaya menjatuhkan musuh tersebut, tetapi tiba-tiba musuh tersebut telah meludah kearah Ali ra., maka Ali ra. Pun tidak jadi membunuh musuhnya tersebut kerana beliau takut andainya dia bunuh kerana marahnya kepada musuh tersebut yang meludah kearahnya. Kerana perbuatan Ali ra. Tersebut musuh tadi telah memeluk Islam. Cuba kita renungkan sahabat begitu ikhlas kerana Allah, mereka tidak mahu membunuh walaupun dalam peperangan menentang musuh hanya kerana takut tidak ikhlas kerana Allah. Kita cuba renung diri kita, andai kita ditindas oleh musuh, dibuat macam-macam dan kita berjuang dalam panji-panji agama tetapi kerana rasa marah dalam diri dengan musuh tadi yang telah menindas. Maka perjuangan akan menjadi sia-sia belaka. Jadi lah seperti tajuk yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zam zam iaitu mujahid yang sial.

    Ikhlaskanlah Dirimu Kerana Allah swt.,
    Janganlah Melakukan Kerana Kepentingan Dirimu Wahai Mujahid…
    Walaupun Dirimu Menerima Penindasan Yang Sebegitu Teruk…
    Tetapi Ikhlaskanlah Diri Kerana Allah swt….
    Janganlah Kemarahanmu Mengatasi Ikhlasmu…

    Search This Blog