right_side

Labels

Bookmark and Share

  • Mod by : Gheragas
  • In:

    "Copy , Paste" Bahan bukanlah hobi...

    Assalamualaikum dan Salam Persaudaraan..

    Sidang pembaca yang dihormati..


    Pasti saudara dan saudari sedar, kebanyakan bahan yang ada didalam blog ini sekadar 'copy paste' dari media lain..Tetapi, bukan semua bahan didalam ini sengaja di'copy paste' untuk sekadar mengisi ruangan blog GHERAGAS. Ia disajikan untuk dikongsi bersama disamping menyiapkan projek sebenar 'kerana setiap ilmu perlu dikongsi..." dan "Gerakan" Hal Ehwal RemajA dan 'Gerakan" Agama Se-islam..Kami sememangnya tiada kaitan dengan pertubuhan2 lain, mahupun parti2 politik tertentu..Tujuan kami adalah semata2 kerana mahu menegakkan Allah, Islam dan Kebenaran...Inilah contoh jihad fi-sabilillah, bukannya dengan peluru dan pedang tetapi dengan menggunakan akal dan pemikiran manusia..

    Bagi maklumat sidang pembaca, projek dan matlamat utama kami ialah memberi pendedahan tentang kelemahan, kemunduran, kejatuhan serta pendedahan terhadap ancaman dunia "baru" kepada agama islam..Dengan memberi fakta2, teori2, dan maklumat ancaman terhadap umat islam, kami yakin projek ini akan dapat menjadi mekanisme atau 'gerakan' kearah mempersiapkan dan memperbaiki diri kita sebagai umat islam agar keyakinan kita dan ketaqwaan kita tidak mudah goyah apabila ancaman demi ancaman dilemparkan terhadap kita..

    Lantas, mekanisme ini membolehkan kita sedar dimana kesilapan kita, dimana dan apa sebenarnya kelemahan kita justeru membolehkan kita bangkit bersatu mempertahankan maruah diri dan agama..Jangan hairan, sekiranyanya fakta dan bahan2 yang ada didalam projek tersebut kebanyakan daripada kesilapan media barat itu sendiri..

    Antaranya, History Channel, National Geographic, Discovery, dan pelbagai rangkaian media lain yang secara tidak sengaja melakukan kesilapan sekaligus memperkuatkan lagi pembongkaran demi pembongkaran didalam projek ini..

    Sebagai penutup bicara bagi post ini, kami berharap agar saudara dan saudari setia bersama kami sepanjang masa kerana pendedahan demi pendedahan Insya-Allah akan kami sajikan secara berkala..kami sememangya memerlukan masa dan kajian bagi menyokong fakta dan teori kami.. Semoga Allah memberkati usaha kami.. Wallahu-alam...

    Salam..

    In:

    Dorm Menjadi Tempat Pernikahan Siswa yang Terdesak..

    KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.


    Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.


    Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.


    Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.


    Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


    Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.

    Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.


    “Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.


    “Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.


    “Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.


    Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.


    Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.


    “Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.


    “Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.


    Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.


    “Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.

    Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.


    “Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.

    Sumber: Akhbar

    In:

    Politik + Akhbar = Kehancuran Malaysia Sebagai Negara Islam Yang Dahulunya Disegani...

    Salam...

    Sidang pembaca yang dikasihi,

            Hari ini, bermacam taktik dan isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh ahli politik tempatan melalui akhbar sebagai salah-satu cara menguatkan pengaruh masing-masing... Malangnya, ada ketika ahli-ahli politik dari pembangkang mahupun Barisan lupa batas2 syariah islam semata2 mahu mem'buka' mata rakyat disamping memperoleh kepercayaan dan pengaruh politik tersendiri...

            Kecewa, pada satu ketika dahulu Malaysia merupakan negara islam yang disegani dari aspek politik, budaya, ekonomi mahupun pembangunan...Sekarang? Malaysia sudah mula mundur dan hilang fokus dalam aspek tersebut angkara pergolakan politik dan sikap ahli2 politik sendiri...

            Dimana-mana, ahli politik kita sering bertelagah, membidas, dan lebih mengecewakan saling mengaibkan ahli2 dan juga parti bertentangan semata2 untuk mem'buka' mata rakyat..Adakah mereka cuma inginkan pengaruh dan juga pengundi?? Menjatuhkan pihak lawan agar mereka boleh naik dan memperoleh pengaruh yang kuat? Bodohkah rakyat, butakah rakyat, pekakkah rakyat untuk menilai semua itu?

            Ada segelintir ahli politik, sengaja memanipulasi akhbar yang sememangnya bias @ berat sebelah dengan ideolodi politik masing2.. Kesannya, rakyat menderita, keharmonian tergugat, keamanan menjadi kucar-kacir semata2 sifat pentingkan diri sendiri segelintir ahli politik yang suka membuka aib, membangkit isu kaum dan agama, menyindir serta memburukkan pihak lawan..Main kotor?? sememangnya politik itu permainan kotor...

           Misalnya, isu penggunaan kalimah Allah yang sengaja digembar-gemburkan oleh ahli politik melalui akhbar baru2 ini.. Isu sensitif seperti itu tidak seharusnya disebarkan melalui media massa.. Kerajaan sepatutnya membendung isu2 seperti ini, bukan berdiam diri tetapi cuba selesaikan isu tersebut secara senyap.. Isu terbabit merupakan isu lama.. Kerajaan sepatutnya mengawal perkara itu daripada terjadi.. Akhirnya apa penyelesaian kes tersebut? Kalimah itu boleh dipakai di Sabah dan Sarawak.. Mengapa? tanyalah ahli politik kita...Kalau itulah penyelesaian, isu terbabit tidak seharusnya dibangkitkan sejak mula kerana ia tidak membawa kemana2 pun.. Sekiranya kawalan isu sensitif kita masih ketat seperti ditampuk pemerintahan TUN MAHATHIR, tidak akan ada kes gereja dibakar, kepala babi didalam masjid, rusuhan dan sebagainya...Penyelesaian berkaitan agama seharusnya diberi kepada ketua2 agama dan bukannya ahli politik serta makhkamah...

           Terbaru, kerajaan negeri pulau pinang dikecam hebat oleh ahli politik melalui akhbar kerana pembatalan perarakan MAULUD NABI ?? Antara initpati hujah ahli politik tersebut, "rakyat terutamanya Melayu dan orang islam harus sedar bahawa kerajaan negeri pulau pinang dibawah DAP mempermainkan kaum melayu dan orang islam.." inikah cara yang sepatutnya ditonjolkan oleh ahli politik islam??? Nyata sekali cuba membakar api perkauman dan juga agama.. Difahamkan, perarakan tersebut di"batalkan" dan digantikan oleh perhimpunan...Tetapi secara emosionalnya, ahli politik berkenaan berkeras membidas kerajaan seolah-olah kerajaan meng"haram"kan perarakan tersebut..Ironiknya, parti PAS dan juga Mufti cuma berdiam diri..seolah2 telah mempersetujui tindakan pembatalan tersebut..Adakah isu ini sengaja dipolitikkan??? Sebagai cara meraih populariti dan undi?? Wallahu-alam..

          Malaysia sebagai salah satu negara yang sedang pesat membangun.. Ahli politik tidak seharusnya menikam, membangkit isu sensitif, mengaib dan memburukkan orang lain yang sememangnya lari daripada syariah islam..Untuk menjadikan MALAYSIA terus maju dan kembali disegani dimata dunia, ahli2 politik seharusnya lebih menekankan isu2 bagi kepentingan rakyat, memberi kritikan yang membina dan memberi teladan yang baik bukannya pula saling menjatuhkan antara satu dengan yang lain..

          Sebagai negara islam, Malaysia setidak-tidaknya haruslah berpotitik secara islam.. Jika benar ada segelintir yang mahu mempertahankan maruah islam, mengapa tidak membangkitkan dan menyelesaikan isu masalah sosial yang telah lama bertapak dinegara ini melalui akhbar...

    Wasalam..

    In:

    Lagi Penghinaan Terhadap Islam Melalui Akhbar... (Norway)



    SEBAHAGIAN penunjuk perasaan menunaikan sembahyang Jumaat di Dataran Universiti, Oslo, kelmarin sebelum menyambung bantahan penerbitan karikatur Nabi Muhammad. - AP



    OSLO 13 Feb. - Kira-kira 2,500 rakyat Norway beragama Islam, berarak di jalan-jalan dekat pusat bandar Oslo dalam satu tunjuk perasaan semalam bagi membantah tindakan sebuah akhbar Norway yang menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkannya sebagai babi.
    Penunjuk perasaan turut melaungkan 'Allahuakbar' selain mengibarkan sepanduk yang meminta akhbar harian Dagbladet diboikot.
    Akhbar tersebut pada 3 Februari lalu menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai babi.
    Gambar tersebut turut disertakan dengan satu artikel yang mengatakan pengguna internet menyiarkan kenyataan menyakitkan hati tentang Islam dan Yahudi di halaman Facebook milik polis keselamatan Norway.
    Ketua editor Dagbladet, Lars Helle memberitahu The Associated Press, dia tidak kesal kerana mencetak gambar yang menyinggung perasaan itu, malah mengalu-alukan tunjuk perasaan yang diadakan semalam.
    "Ia adalah satu ujian untuk masyarakat Norway sama ada ia akan jadi satu bantahan aman atau sebaliknya," katanya lagi.
    Ujar Helle, Dagbladet juga tidak menerima sebarang ancaman secara langsung sejak ia menerbitkan karikatur tersebut.
    Katanya, seorang penggodam dari Turki telah mengakibatkan laman web akhbar tersebut terganggu selama dua jam pada malam Rabu lalu, namun dia tidak pasti adakah pencerobohan itu mempunyai kaitan dengan penyiaran karikatur berkenaan.
    Penunjuk perasaan berkata, mereka mahu menunjukkan kepada media Norway bahawa umat Islam sangat-sangat tersinggung dengan penyebaran gambar seumpama itu.
    Islam mengharamkan sebarang imej yang menggambarkan Nabi Muhammad walaupun ia memaparkan sisi baik baginda kerana bimbang ia boleh membawa kepada pemujaan.

    AP

    In:

    Penyeksaan kanak-kanak oleh Israel...

    PENASIHAT Kanan Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Abu Bakar Al-Awawida, buta kedua-dua matanya akibat diseksa tentera rejim Israel pada 1981. Namun, perjuangannya tetap utuh, malah tidak berganjak sedikit pun untuk mempertahankan negaranya.

    KEJAM... seorang mangsa  menunjukkan cara tentera Israel menyeksa 
mereka di penjara.
    KEJAM... seorang mangsa menunjukkan cara tentera Israel menyeksa mereka di penjara.


    sebelum  -  selepas

    BUKTI... antara kanak-kanak ditangkap tentera Israel, manakala 
keluarga mereka berhimpun menuntut pembebasan. BUKTI... antara kanak-kanak ditangkap tentera Israel, manakala keluarga mereka berhimpun menuntut pembebasan. DAPAT SAMBUTAN... hadirin daripada pelbagai pertubuhan mengikuti 
ceramah khas mengenai kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Masjid
 Wilayah Persekutuan, baru-baru ini. DAPAT SAMBUTAN... hadirin daripada pelbagai pertubuhan mengikuti ceramah khas mengenai kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

    Perhimpunan yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Palestine Centre of Excellence (Pace), Haluan Palestin, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, Pertubuhan Mawaddah, Kispa dan Viva Palestina Malaysia, menampilkan beberapa tokoh daripada pertubuhan pembebasan Palestin, termasuk Koordinator Bantuan Antarabangsa Palestin, Sheikh Abu Ahmad Ziad al-Qishawy.

    Menurutnya, hanya lima juta daripada mereka menetap di tanah air sendiri manakala yang lain terus terusir sejak kezaliman rejim Israel lebih 50 tahun.

    Tentera rejim membunuh beratus ribu penduduk Palestin, malah mencederakan ramai lagi. Bukan itu saja, mereka juga menangkap dan mengusir secara paksa, menghancurkan rumah dan menggantikannya dengan unit pemeriksaan tentera di Tebing Barat.

    Sehingga kini ada lebih 700 unit pemeriksaan tentera. Mereka juga menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa.
    Jadi tidak mustahil, mungkin sekarang, satu jam atau beberapa saat lagi Masjid al-Aqsa boleh tersungkur, kerana tidak ada lagi penyangga yang menahan masjid berkenaan.

    Syeikh Abu Bakar, 48, yang berasal dari satu daerah kecil di a-Khalil, 35 kilometer dari al-Aqsa, mempunyai lapan anak, iaitu lima putera dan tiga puteri melalui seorang isteri.

    Pada usianya belum mencecah separuh abad, beliau juga dikurniakan tiga cucu.

    Beliau sekeluarga yang dipaksa keluar dari bumi Palestin oleh tentera Israel dan kini tinggal di Damsyik, Syria berjuang dan menyuarakan nasib rakyat Palestin melalui Ikatan Ulama Palestin yang diasaskan pada 1990, di Tebing Barat dan Gaza.

    Pertubuhan itu membabitkan keahlian kalangan ulama pelbagai daerah di Palestin, dengan tujuan mendidik serta memberikan kesedaran kepada generasi baru supaya mempertahan Palestin, khususnya Masjid al-Aqsa.

    Ia turut mempunyai beberapa cawangan di luar Palestin dan di kawasan kem pelarian Palestin termasuk di Lubnan, Yaman, Syria dan Sudan, sekali gus dapat membantu meringankan penderitaan mereka, terutama di kem pelarian.

    Syeikh Abu Bakar berkata, rejim Israel semakin ganas, malah akibat penjajahan Israel, kanak-kanak hidup dalam ketakutan dan berdepan jaminan masa depan yang pudar.
    Sesetengahnya bergelar yatim sejak bayi kerana ibu bapa terkorban dalam konfrontasi.

    “Bagi sesetengah kanak-kanak, orang tua mereka sudah syahid, cacat anggota badan dan ditangkap tentera Israel. Sekolah pula rata-ratanya hancur akibat pengeboman tentera rejim Zionis.

    “Mereka diharamkan daripada mengikuti kelas pembelajaran, untuk mendapat ubat-ubatan, malah diharamkan untuk mempunyai peralatan mainan seperti kanak-kanak sebaya lain.

    “Bahkah, kertas sukar diperoleh walaupun hanya sekadar untuk menulis. Mereka sangat susah, seolah-olah berteriak kepada dunia, ‘lihatlah wahai saudaraku, apa sudah dilakukan tentera Israel terhadap kami dan kenapa kamu semua diam’.

    “Ramai juga kanak-kanak ditangkap dan diseksa tentera Israel, malah ada yang kehilangan penglihatan akibat diseksa, kehilangan tangan dan kaki, tetapi mereka tetap bersemangat untuk belajar,” katanya.

    Beliau berkata, mereka memanfaatkan ruang yang ada di kem pelarian untuk belajar, malah ada yang menggunakan kemudahan di masjid untuk membaca dan menghafal al-Quran.

    “Kanak-kanak Palestin di luar negara pula sangat menderita kerana berjauhan dari tanah air dan tidak tahu menahu di mana ibu bapa mereka.

    “Mereka di luar Palestin seperti di Syria, Lubnan, Yaman, Iraq dan Sudan serta Malaysia sangat memerlukan perhatian kerana mereka mahukan hak sama seperti kanak-kanak lain, terutama hak untuk belajar,” katanya.

    Beliau berharap kerajaan Malaysia juga membantu kanak-kanak Palestin untuk mendapat hak dalam bidang pendidikan.

    “Kedua-dua mata saya menjadi buta selepas diseksa dan dipukul di dahi sewaktu ditahan dan dipenjarakan rejim Zionis selama 54 hari ketika masih belajar di Ma’had Syarie di al-Quds.

    “Saya akui penglihatan memberikan banyak kelebihan dan dengan keterbatasan ini membuatkan pergerakan saya sedikit terhalang, tetapi saya berusaha dengan gigih bersama bantuan anak dan isteri, sehingga kini saya dapat melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana,” katanya sesekali menongkat pipi dan menggosok bahagian matanya yang tidak boleh melihat akibat diseksa ketika usia remaja.

    Syeikh Abu Bakar sudah membuktikan kepada tentera Israel, memang benar dirinya diseksa hingga hilang penglihatan tetapi masih tidak terdaya menghalangnya untuk membantu perjuangan kaum Muslimin Palestin.

    “Tentunya saya, malah kita umat Islam sentiasa berusaha untuk memberikan sesuatu buat rakyat Palestin,” katanya.

    Dipetik daripada HMetro!

    In: ,

    MARAH dan pengelasannya...

    Daripada Rasulullah S.A.W:

    “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”
    Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

    Setiap manusia mempunyai sifat marah tetapi dibentengi oleh sifat sabar. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan.


    Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.


    Ada lima kategori marah :

    *cepat marah atau marah tidak bertempat
    *marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat)
    *marah sederhana
    *tidak tahu marah
    *marah keterlaluan.


    Menurut Imam al-Ghazali, terdapat 10 punca sifat marah:

    *rasa bangga diri
    *takjub kepada peribadi sendiri
    *berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas
    *bercakap perkara sia-sia
    *gemar membuat fitnah.
    *gemar berbantah dalam sesuatu perkara
    *khianat
    *tamak kepada harta juga pangkat
    *gagal mengendalikan nafsu dan emosi
    *hasad dengki dan iri hati.


    Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.


    Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.


    Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.


    Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.


    Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.

    Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.


    Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.


    Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

    Dipetik dan diubahsuai daripada akhbar!

    Search This Blog