right_side

Labels

Bookmark and Share

Archives


  • Mod by : Gheragas
  • In:

    Perlukah Islam menjadi alat "SANDIWARA POLITIK"?

    Assalamualaikum..
      
          Sejak akhir2 ni, banyak pemimpin2 daripada UMNO/BN dan PKR/DAP sering membangkitkan isu2 'keagamaan'.. Sumpah Mahabalah, FESYEN, Perpaduan Islam, Isu petikan ayat Quran, Ulama2, itu..ini... Ada yang lebih teruk, sehingga ada yang memburuk-burukkan Parti lain hanya kerana mereka 'Islam yang MELAMPAU', melampau kerana mereka KONSERVATIF.

    KOMEN SAYA : PELIK!!! BENCI!!! PEROSAK AGAMA..SELFISH!!

          Mengapa ada lagi pemimpin yang buta hati, mata dan pekak walaupun selama ini suara2 rakyat(yang bukan tukang kipas/pegampu orang kaya) jelas tidak senang dengan 'doktor spin', pemutar belit isu2 mereka. Sebagai rakyat, kita berhak diberi kesenangan dan keringanan untuk hidup..Itulah sebenarnya TUGAS kerajaan, untuk menjaga kebajikan rakyat, memberi kesengan kepada rakyat dan memudahkan HIDUP rakyat!

    BUKANNYA, menyusahkan rakyat, mementingkan kroni, mengaut keuntungan peribadi, memahat nama, dan yang teramat saya BENCI! "SHOW-OFF" kebaikan dan jasa yang telah dilakukan..Bak kata mat keling, "CEH, PPPPPOOOOOODAAHHH...waktu jawatan KECIK2 tak nak mamposss, membodek, menagih simpati dan kepercayaan...Sudah BESAR! MENYUSAHKAN RAKYAT, paling tak pun dia lompat parti.." BUKAN NIAT HENDAK MENYINDIR MANA2 PIHAK, TAPI "TRUTH IS AN ABSOLUTE DEFENCE!" JIKA BENAR TINDAKAN SESEORANG ITU, MAKA BENARLAH..

    APA YANG PENTING, DIDALAM BERPOLITIK DAN MENAGIH SIMPATI ATAU MEMBUKA MATA RAKYAT SEKALIPUN JANGANLAH KITA/KAMU MEMPERMAINKAN AGAMA ATAU MEMBURUK2KAN KEPERCAYAAN ORANG LAIN..HORMATLAH KEPADA ISLAM DAN ORANG LAIN AKAN MENGHORMATI ANDA..DIJAMIN 100%!!! KALAU TIDAK, KETAWA BESAR ORANG2 YANG MEMUSUHI ISLAM KERANA ORANG2 ISLAM ITU SENDIRI TIDAK BERPADU DENGAN KUKUH...AMAT MUDAH UNTUK MEREKA MEMPERKOTAK-KATIKKAN KITA..

    ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.."SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENJADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN SEMATA-MATA UNTUK BERIBADAT KEPADA-NYA" PEGANGLAH KONSEP MENGABDIKAN DIRI SEMATA-MATA KERANA ALLAH INI, KERANA TUJUAN HIDUP KITA ADALAH UNTUK BERIBADAT DAN MEMOHON RAHMAT, KEREDHAAN ALLAH S.W.T..

    INGAT SAUDARAKU, PASANGLAH NIATMU DENGAN BETUL KERANA NIAT ADALAH PENENTU BAIK-BURUK SETIAP AMALAN..

    ***********************************************************************************

    KOMEN TENTANG KONONNYA SAIFUL B. "BERSUMPAH" TIME NAIK HAJI BARU2 NI.. : WAHAI SI POLAN BERNAMA SAIFUL. BILA KITA NAIK HAJI, NIAT MESTI BAIK..AKAL MESTI BAIK..BAK KATA, SEMUANYA MESTI LAH BAIK..SAYA TIDAK MENYOKONG PIHAK PKR, MAHUPUN MENYOKONG PIHAK UMNO/BN..

    TAPI SAYA NAIK MUAK, HINGGA TERTANYA2 APA NIAT SEBENAR DIHATIMU SELAMA INI..POPULARITI? SIMPATI? APA YANG BUAT SAYA BERTAMBANH BINGUNG, SELAMA INI KALAU ADA ORANG DILIWAT/ROGOL SUSAH DIA MAU BUKA MULUT..PALING TIDAK, MENGAKU DI MAHKAMAH, DI BALAI POLIS..BILA MASUK BERITA PUN, MUKA MESTI KENA SENSOR..

    SAYA TIDAK BERNIAT MAHU MEMBURUK2KAN SESIAPA..CUMA GERAM, SAKIT HATI DAN MENYAMPAH DENGAN CONTOH2 YANG SAYA BERIKAN DIATAS..SEMOGA APA SAHAJA PERBUATAN MEREKA DAPAT KITA JADIKAN IKTIBAR, TELADAN DAN ASAS UNTUK MEMPERBETULKAN TINGKAH LAKU DAN AKHLAK KITA DALAM HIDUP SEHARI-HARI..

    SEMPENA TAHUN BARU NI SAYA BERPESAN ,KEMBALILAH KEPADA ALLAH..JALAN "CAHAYA" ALLAH ADA DIMANA2, LIHATLAH ALAM SEKELILING PASTI ADA PETUNJUK KEKUASAAN ALLAH..

    In:

    Salam Maal Hijrah 1432H

    Selmat Datang ke Tahun Baru 1432H. Semoga lembaran hidup pada tahun ini akan lebih bermakna dan yang paling penting, sentiasa dinaungi rahmat, redha dan barakah dari Allah S.W.T..Amin..

    In:

    Macam2: Apakah yang dimaksudkan tentang "Ketuanan Melayu"?

    Assalamualaikum..
       

    Semenjak dua menjak ni, ISU KETUANAN melayu sering dicanang2 oleh media dan parti politik terbesar dinegara di Malaysia..Sebagai rakyat yang tidak mempunyai kepentingan politik atau ideologi, saya tertanya2 mende nihhh "ketuanan melayu"..

            Adakah ketuanan melayu itu bermaksud, ketuanan "bangsa melayu" di Malaysia? Adakah bermaksud, "Ketuanan Raja2 Melayu"? atau mungkin, "Ketuanan Parti Politik Melayu"? Sekiranya yang dimaksudkan dengan ketuanan melayu itu adalah ketuanan Raja2 Melayu, saya fikir mandat "tuan" bagi raja2 melayu sudah lama terhapus kerana raja hanyalah simbol "Bangsa Melayu". Raja seolah-olah tiada fungsi melainkan perkara2 'remeh', istiadat dan agama (membuat keputusan pengisytiharan).
        
            Komen saya:  Tidak hairanlah sehingga pihak PKR berani untuk membuat usul menghapuskan institusi BERAJA Melayu kerana ia dianggap tidak produktif dan membazir..YDPA  tidak mempunyai kepentingan didalam pentadbiran, tidak ada bebanan kerja dan semestinya tidak ada 'kebebasan' membuat didalam menentukan sebarang keputusan. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan melayu????? Sekiranya maksudnya tentang 'ketuanan bangsa melayu" saya fikir kuasa raja dan sultan hendaklah diangkat dan diiktiraf oleh kerajaan ataupun parti politik 'melayu' itu sendiri kerana raja,sultan dan YDPA adalah wakil@simbol MELAYU!!!

           Setiap hari, media tempatan asyik memburukan parti2 yang tidak sehaluan dengan 'tuan' mereka. Tidak hairanlah, sekiranya saya sekeluarga naik bosan menonton berita, kerana setiap hari "jasa BN, jasa kerajaan BN" dan yang seangkatan dengannya mengisi setiap slot program berita! saya yakin, seluruh Malaysia sudah mual dan jemu dengan 'teknik psikologi' jentera BN dan UMNO ini.. Sebagai rakyat yang tidak ada kepentingan politik, saya dapat rasa ada 'something wronglah BN ni'..

           Sekiranya 'perjuangan' mereka ikhlas, tidak perlulah dicanang..Tidak perlu diminta sanjungan dan pujian, kerana setiap amalan dan perbuatan itu adalah kerana Allah dan bagi saya itu adalah ukuran keikhlasan..Merujuk kembali kepada fitrah kewujudan manusia, didalam islam tujuan dan matlamat hidup insan adalah kerana mencari redha Allah dan bukannya untuk kepuasan di semata2..
           
            Apa yang dapat saya rumuskan daripada suasana politik negara ini mengenai 'KETUANAN MELAYU' adalah, KETUANAN 'PARTI POLITIK' MELAYU..Anda setuju? Fikir2kan lah..

    ***********************************************************************************

    "ERA KERAJAAN MENGETAHUI SEGALA2NYA SUDAH BERAKHIR...."(saya tahu maksudnya, ia bermaksud demokrasi mutlak dimana rakyat yang menjadi peneraju didalam menentukan pentadbiran dan keputusan kerajaan dan bukannya ahli2 eksekutif @ menteri2 )  kalau xsilap, ni yang dicanang oleh TPM T.S Muhyiddin kita sebelum kenaikan harga minyak ron95,97,kerosin,diesel dan gula baru2 ini..

    Komen : Sekiranya ia sudah berakhir, mengapa semua kenaikan ini dilakukan secara mendadak? saya terkejut, jika benar 'era kerajaan mengetahui segala2' sudah berakhir mengapa tidak diminta dahulu pandangan rakyat?? Pelik, tapi itulah hakikat politik M'sia..

    "People First, Performance NOW!".... >>>Komen: Apa2 perbelanjaan kerajaan, termasuklah kerugian dan pendapatan kerajaan(atau pemerintah dan angkatannnya), 'PEOPLE are the FIRST to pay...PERFORMANCE(keuntungan) must be NOW!!!buktinya? subsidi dikurangkan, tapi kos belanja rakyat yang akan meningkat! Wow..adakah itu suatu bentuk 'mengutamakan rakyat'? Ya, didalam mengaut keuntungan kerajaan..

    TUGAS SEBENAR KERAJAAN ADALAH BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT, MEMBERI INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN, MEMBANGUN RAKYAT, MENGURANGKAN PENDERITAAN DAN KESUSAHAN RAKYAT...BAK KATA, SEGALA PEMBANGUNAN ADALAH UNTUK DINIKMATI BERSAMA DAN RAKYAT PERLULAH MENJADI KEUTAMAAN...DIDALAM HUKUM FIQH PENTADBIRAN ISLAM ITU SENDIRI, TUGAS KERAJAAN ADALAH UNTUK MEMUDAHKAN HIDUP MASYARAKAT DAN MENINGKATAN KUALITI HIDUP BAIK DARI SEGI FIZIKAL DAN MENTAL(TERMASUKLAH ROHANI)...DAN YANG PALING PENTING, DIDALAM PEMERINTAHAN CARA ISLAM KEHENDAK MASYARAKAT HENDAKLAH DIUTAMAKAN LEBIH DARIPADA KEHENDAK INDIVIDU..WALAUBAGAIMANAPUN, KEHENDAK INDIVIDU TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN...CUMA APABILA TERDAPAT KONFLIK ANTARA KEHENDAK INDIVIDU DAN MASYARAKAT(RAKYAT), KEHENDAK INDIVIDU HENDAKLAH DIPINGGIRKAN.

    .>>>>>CONTOH KES1:  BILA T.S NAJIB MAHU MENARA WARISAN, TETAPI RAKYAT TIDAK MAHU...KATA SIAPA YANG PERLU DI TURUT?? ~ KATA PNB...

     >>>>>CONTOH KES2: BILA RAKYAT TIDAK MAHU 'SYABAS' MENGAMBIL ALIH AIR DI SELAGOR, TETAPI KERAJAAN PERSEKUTUAN TETAP MAHU 'SYABAS' AMBI ALIH...KATA SIAPA PULA YANG PERLU DITURUT??~ TUNGGU KATA SULTAN..

    In:

    Kembalilah..Semula...IKTIBAR...Dan AMALkan..

    Setelah lama tidak menulis kerana kesibukan dunia... saya ingin memakluman, "INI MUNGKIN POST TERAKHIR DARIPADA SAYA"!

    Hasil daripada menenungan, renungan dan tenungan kehidupan sekeliling, saya berpesan kepada anda semua:

    Kepada sesiapa yang tersesat masuk kedalam blog ini:

    Saya berpesan:
    Adalah wajar bagi kita untuk boikot barangan yahudi dengan harapan ekonomi mereka terjejas...ertinya, tiada duit nak beli senjata yang nilai berbilion2..
    Tidak dinafikan, umat islam sekarang sudah di'Yahudi'kan kerana kita amat bergantung kepada produk mereka..Bahkan ada yang bangga kerana mengikut jejak "selebriti" (tajaan Yahudi) dengan pergi ke 'Starbucks', 'Big Apple', guna 'Apple/Iphone', McD..Skg ni yg lebih serius korang nak tau??? -Facebook-Twitter-Youtube- dan segala mcm rangkaian sosial...
    MTV?? apa2 muzik yang dibawah label "UNIVERSAL Studio" silalah jangan dilayan.. Kaum Yahudi memang terkenal dengan kepandaian mereka, jadi xhairan memang apa2 pun benda yang kita buat dalam hidup sudah mengikut 'selera' mereka...KECUALI?? Solat-Puasa-Zakat-Haji dan Kalimah LA-ILA-HA-ILLALLAH-WA-MUHAMMADUR-RASULULLAH...
    Jadi? Boikotlah selagi mana mampu dengan meninggalkan produk2 'laknatullah' ni..("kerana setiap Rial/Dirham/Dollar/Ringgit dan Rupiah yang kita belanja untuk produk Israel merupakan sebutir peluru yang masuk kedalam daging saudara Islam kita"-Dr.Yusof al-Qardhawi)

    Bangkitlah kalian daripada isu politik-kaum-kontroversi-hiburan-budaya 'Pop'-fanatik-dan seangkatan dengannya- yang tidak ada nilai didunia mahupun diakhirat! Dunia Islam kian mundur, kita ditekankan dengan unsur-unsur barat untuk apa? sekularisme untuk apa? Ilmu pro-barat untuk apa? Ekonomi pro-barat? Politik dan Perkauman? Hiburan? Permainan? -semua peranan media dan agensi yang berkepentingan barat adalah seluran yang bertanggung jawab memesongkan kita daripada AGAMA!


    Hiburan dan rangkaian sosial adalah racun yang digunakan terhadap masyarakat islam! Berapa ramai diantara kita yang sanggup berjaga malam untuk mengerjakan ibadah? Berapa ramai pula diantara kita yang sanngup berjaga malam untuk berhibur? ber'facebook'? Sehingga kita lupa terhadap tuhan, lupa terhadap mati, lupakan kalimah LA-ILA-HA-ILLALLAH... GLOBALISASI adalah medium untuk Israel mempengaruhi dunia! Amerika adalah kuasa besar didunia ini! Segala aspek kehidupan sudah dikuasai Amerika! dan siapa pula yang menguasai AMERIKA? tentulah israel... Trend pakaian SENDAT DAN SEKSI, hiburan berunsur lucah, movie berunsur 'porno' dan makanan 'ringan-berjenama-dan mahal' semuanya diusahakan oleh ISRAEL!

    BUKALAH! MATA, TELINGA DAN SEGALA DERIA PANCA-INDERA KURNIAAN ALLAH S.W.T... BERFIKIRLAH DENGAN TERBUKA! JANGANLAH ASYIK MENGIKUT TELUNJUK BARAT YANG MAHU UMAT ISLAM BERFIKIR TERBUKA MENGIKUT ACUAN MEREKA! ISLAM TIDAK PERLU BERUBAH MENGIKUT ZAMAN! ISLAM ADALAH AGAMA YANG SYUMUL DAN KOMPREHENSIF! ----PEMIKIRAN SEPERTI INI TIDAK MELAMBANGKAN KITA KOLOT DAN TIDAK MAHU BERUBAH! PEMIKIRAN SEPERTI INILAH YANG MENGUATKAN ISLAM! SEDARLAH WAHAI PENYOKONG BARAT-TIDAK ADA JAMINAN KEBAHAGIAN DIDUNIA DAN AKHIRAT SELAIN DARIPADA ACUAN AGAMA YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH!


    MUHASABAH: Adakah kita berada didalam golongan ini?

    1.      Nifaq ‘amali – sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith Nabi SAW. Terdapat tiga ciri utama sifat-sifat munafiq:

    a.      Apabila bercakap, mereka berdusta

    b.      Apabila diberi amanah, mereka khianat

    c.      Apabila berjanji, mereka mungkir

    2.      Nifaq I’tiqadi – yang menjadikan mereka kafir dan dijanjikan untuk ditempatkan di kerak neraka. 6 ciri Munafiq I’tiqadi yang berlaku pada hari ini:

    1.      Mendustakan Rasulullah SAW seperti menolak Hadith secara total

    2.      Mendustakan sebahagian dari ajaran Nabi SAW

    3.      Benci kepada Nabi SAW

    4.      Benci dengan sebahagian dari ajaran Nabi SAW dan sunnah Nabi SAW

    5.      Gembira apabila melihat Islam dihina, ditekan, ditewaskan, dan sebagainya

    6.      Benci untuk menolong agama Islam


    KEMBALILAH wahai saudara-saudaraku...Perangilah musuh-musuh ISLAM..
    ISLAM perlu bangkit semula!!! -Bukan bersifat racist-Bukan menyokong Hitler-Bukan membenci Yahudi- Hakikatnya Yahudi juga seperti kita ( ada yang baik dan ada yang buruk)-Tetapi ISRAEL bukanlah yahudi-Mereka adalah ZEONIS-YAHUDI EKSTREM yang memerangi ISLAM! Menyokong ISRAEL=Menyokong memerangi ISLAM!

    Al-FATIHAH kepada pejuang ISLAM yang telah gugur mempertahankan AGAMA dan Kedaulatan NEGARA ISLAM. Semoga mereka tergolong didalam golongan MUJAHIDIN. AMIN YA ALLAH.

    In: ,

    Keterbukaan Fikiran Rakyat Malaysia = Amerika?

    Salam...

    Bacalah keratan akbar ini:

    SUBANG JAYA - Premis cenderamata di pasar raya di sini turut menjual gajet seks yang melampau secara online selain menjual gajet yang biasa secara terbuka.
    Tinjauan Kosmo! mendapati, ada sesetengah pengusaha premis terbabit membangunkan laman sesawang sendiri bagi tujuan menerima tempahan pelanggan melaluinya.Tempahan juga boleh diterima melalui khidmat pesanan ringkas dan e-mel selain melalui interaksi menerusi laman rangkaian sosial khas diwujudkan.



    KEDAI menjual gajet seks turut beroperasi di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya.  

    Kesan keterbukaan fikiran tanpa batasan..Itulah yang boleh diungkapkan apabila kita mengubah semua budaya bertukar menjadi satu, semua perkara daripada budaya 'rujukan' dicakup semuanya kedalam diri..Akhirnya, budaya, moral dan akidah umat menjadi hancur..Keratan akbar KOSMO! ini jelas menunjukkan keruntuhan akhlak dan moral yang teruk sedang melanda MALAYSIA=Sebuah negara ISLAM..


    Secara jelas, penjualan aksesori dan gajet seks sedang berluasa tanpa dikawal..Adakah kita ketandusan budaya? Akhlak? Moral dan Akidah sehingga kita membenarkan perkara sebegini dilakukan kepada kita? Apa yang akan terjadi kepada generasi hadapan sekiranya mereka terdedah dengan perkara sebegini? Tidak hairan Malaysia akan menjadi seperti AMERIKA, GERMAN, BRITAIN dan negara-negara barat yang lain yang mengiktiraf seks sebelum berkahwin..

    Lokasi penjualan dan kumpulan sasaran 'pejuang dakyah pagan' ini amat jelas cuba menarik perhatian pasangan remaja dan belia yang sering menjadikan pusat beli-belah sebagai tempat keluar bersama..Apa sebenarnya motif penjualan barangan tersebut? Adakah ingin menganjurkan perbuatan seks, onani dan sebagainya? atau mereka adalah ejen 'agama pagan' yang cuba mengubah pemikiran, moral, akidah dan akhlak umat islam kepada perkara yang menjurus kepada kemaksiatan?

    Jelas sekali, keterbukaan rakyat Malaysia kian kronik..Mulanya sistem politik, kemudian pemikiran, fesyen dan akhirnya budaya..Tidak perlu untuk saya huraikan satu-persatu kerana semuanya jelas dihadapan mata..


    Akhir kata, jangan biarkan saudara-saudara kita hanyut kelembah hina dan neraka..

    Wassalam..

    In:

    Aksesori seks dijual terbuka di MALAYSIA???



    KUALA LUMPUR - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.
    Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.
    Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.
    Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.

    >>>Lihatlah salah satu kesan daripada "dunia tanpa sempadan"...

    In:

    GLOBALISASI DAN LIBERALISASI TERAS PAGANISASI DAN KEHANCURAN UMAT

    Assalamualaikum kepada sidang pembaca...


    Sekian lama tidak menulis, kali saya ingin berkongsi ilmu mengenai tajuk diatas..Umat Islam seperti yang kita tahu semakin hari semakin lemah, lihatlah saja kepada umat Islam generasi kini dan anda akan tahu sekuat mana Islam pada zaman akan datang..50% generasi Islam kini, akan menjadi 100% umat Islam akan datang..


    Malangnya, seteguh manakah agama didalam jiwa masyarakat muda sekarang? Ada yang hanyut dek gelombang kemodenan, ke"barat"an, ke"yahudi"an, ke"kristian"an dan juga ke"pagan"an! Mana hilangnya jiwa ke"islam"an dan budaya sopan santun ke"timur"an? Hampir semua belia islam kini 'mencelup' budaya barat yang didominasi oleh musuh-musuh Islam...Kristian dan yahudi bukanlah musuh kita selagi mereka tidak mengapa-apakan kita, jelas sekali bahawa "bagiku agamaku, bagimu agamamu" bagi mereka..


    Tetapi, seperti yang kita tahu sememangnya terdapat "Invisible hand" disebalik dakyah-dakyah Globalisasi,Liberalisasi yang menjurus kepada kejatuhan UMAT ISLAM.. Tanpa kita sedari, masyarakat islam mula mencelup budaya masyarakat Kristian ,Yahudi dan pagan secara perlahan-lahan..Liberalisasi dan Globalisasi malangnya bukan sahaja memusnahkan agama suci islam tetapi juga agama-agama lain yang ada..


    Lihat sahaja impak globalisasi dan liberalisasi terhadap "free country" Amerika? Masyarakat Kristian dan Yahudi disana tidak ubah seperti masyarakat PAGAN...Tiada agama, tiada peraturan dan tidak ada lagi perasaan malu untuk melakukan maksiat..Sebaliknya mereka berasa malu jika pada umur 15tahun masih 'virgin' dara atau teruna..Lihatlah? betapa bodohnya masyarakat maju yang lebih mengikuti hawa nafsu sehingga sanggup merosakkan masyarakat sendiri..Kini, peningkatan kadar remaja perempuan mengandung di Amerika kian memuncak dari tahun ke tahun...Anda boleh menyaksikan sendiri statistik yang dikeluarkan ...Disini... dan statistik kadar anak luar nikah bagi remaja amerika ...Disini... dan ...Disini... inikah yang kita mahu berlaku kepada muda mudi kita?

    Apa yang akan terjadi jika Globalisasi dan nilai "kebebasan" dicakup tanpa batas dan pertimbangan moral?? Lihatlah sekeliling kita, pakai wanita islam serupa dengan pakaian wanita bukan islam...sekali imbas, tiada perbezaan kecuali nama dan agama anutan didalam mykad...Hiburan tanpa batasan akibat globalisasi kini amat jelas telah mengubah perspektif masyarakat kita...Kelab malam? arak? maksiat? bukan lagi pantang larang bagi segilintir belia islam dikota, malah semua itu telah menjadi lumrah dan cara hidup sosial mereka..

    TV? Internet? Radio? semuanya merupakan agen kristianisasi dan pagan kepada umat islam...lagu-lagu berunsur lucah "lady gaga", Telefilem, Drama-drama yang juga mempunyai unsur lucah dan mukadimah zina tanpa segan silu disiar kecorong-corong radio dan tv satelit..Jelas, semua itu mengubah cara hidup remaja kita yang cuba meniru aksi-aksi yang menonjol didepan mata...Mengulas mengenai filem? Amat jelas filem kita sudah berada ditahap ala-ala "Hollywood"...Aktres berpakaian seksi, adegan panas dan berbaur lucah? Islamkah mereka? "mereka" itulah belia Islam, namun lihatlah apa kesan globalisasi dan kebebasan berlebihan kepada mereka..Lebih dekat dan jelas dihadapan mata, pergi sahaja ke 'shopping mall', taman, pantai dan pusat hiburan, rata-rata yang berpakaian menjolok mata dan hubungan seakan-akan suami isteri pasangan remaja jelas sekali menyangkal 'ISLAM', akhlak dan taqwa didalam diri mereka..

    Umat islam kini, semakin mudah di'sesat'kan kerana kita amat mudah lalai dan leka dek hiburan dan juga sosial...Lihat saja laman sesawang sosial seperti facebook, berapa ramai umat islam didalamnya? sehingga Malaysia seakan-akan mengiktiraf facebook sebagai laman sosial kerajaan dengan kempen iklan terbaru komuniti "Satu Malaysia" didalam facebook...

    Hal ini membangkitkan lagi pelbagai persoalan, adakah Malaysia benar-benar sebuah negara islam? ataupun sebuah negara sekular yang pro kepada kekuasaan dan  budaya barat? Apabila difikirkan semula, perlembagaan Malaysia memang menyebut bahawa agama rasmi diMalaysia merupakan agama islam..Tetapi tidak tertulis bahawa Malaysia merupakan negara Islam..

    Cukup mengenai Globalisasi dan liberalisme, yang mengubah jiwa agama umat yang lemah kepada "pagan"...Soalnya, kita harus sedar dan bangun bagi mengukuhkan ketaqwaan dan kekuatan pemuda dan pemudi Islam dimasa kini...Tanpa kesedaran tersebut, tidak mustahil pada suatu hari nanti Malaysia bukan lagi sebuah negara Islam dan Islam dinegara ini hanya sekadar nama kerana tiada siapa yang akan menghayati dan menganuti agama yang syumul ini seperti yang sepatutnya..

    Cukup sekadar ini, semoga bertemu lagi...

    Assalamualaikum...

    In:

    "Copy , Paste" Bahan bukanlah hobi...

    Assalamualaikum dan Salam Persaudaraan..

    Sidang pembaca yang dihormati..


    Pasti saudara dan saudari sedar, kebanyakan bahan yang ada didalam blog ini sekadar 'copy paste' dari media lain..Tetapi, bukan semua bahan didalam ini sengaja di'copy paste' untuk sekadar mengisi ruangan blog GHERAGAS. Ia disajikan untuk dikongsi bersama disamping menyiapkan projek sebenar 'kerana setiap ilmu perlu dikongsi..." dan "Gerakan" Hal Ehwal RemajA dan 'Gerakan" Agama Se-islam..Kami sememangnya tiada kaitan dengan pertubuhan2 lain, mahupun parti2 politik tertentu..Tujuan kami adalah semata2 kerana mahu menegakkan Allah, Islam dan Kebenaran...Inilah contoh jihad fi-sabilillah, bukannya dengan peluru dan pedang tetapi dengan menggunakan akal dan pemikiran manusia..

    Bagi maklumat sidang pembaca, projek dan matlamat utama kami ialah memberi pendedahan tentang kelemahan, kemunduran, kejatuhan serta pendedahan terhadap ancaman dunia "baru" kepada agama islam..Dengan memberi fakta2, teori2, dan maklumat ancaman terhadap umat islam, kami yakin projek ini akan dapat menjadi mekanisme atau 'gerakan' kearah mempersiapkan dan memperbaiki diri kita sebagai umat islam agar keyakinan kita dan ketaqwaan kita tidak mudah goyah apabila ancaman demi ancaman dilemparkan terhadap kita..

    Lantas, mekanisme ini membolehkan kita sedar dimana kesilapan kita, dimana dan apa sebenarnya kelemahan kita justeru membolehkan kita bangkit bersatu mempertahankan maruah diri dan agama..Jangan hairan, sekiranyanya fakta dan bahan2 yang ada didalam projek tersebut kebanyakan daripada kesilapan media barat itu sendiri..

    Antaranya, History Channel, National Geographic, Discovery, dan pelbagai rangkaian media lain yang secara tidak sengaja melakukan kesilapan sekaligus memperkuatkan lagi pembongkaran demi pembongkaran didalam projek ini..

    Sebagai penutup bicara bagi post ini, kami berharap agar saudara dan saudari setia bersama kami sepanjang masa kerana pendedahan demi pendedahan Insya-Allah akan kami sajikan secara berkala..kami sememangya memerlukan masa dan kajian bagi menyokong fakta dan teori kami.. Semoga Allah memberkati usaha kami.. Wallahu-alam...

    Salam..

    In:

    Dorm Menjadi Tempat Pernikahan Siswa yang Terdesak..

    KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.


    Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.


    Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.


    Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.


    Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


    Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.

    Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.


    “Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.


    “Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.


    “Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.


    Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.


    Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.


    “Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.


    “Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.


    Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.


    “Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.

    Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.


    “Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.

    Sumber: Akhbar

    In:

    Politik + Akhbar = Kehancuran Malaysia Sebagai Negara Islam Yang Dahulunya Disegani...

    Salam...

    Sidang pembaca yang dikasihi,

            Hari ini, bermacam taktik dan isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh ahli politik tempatan melalui akhbar sebagai salah-satu cara menguatkan pengaruh masing-masing... Malangnya, ada ketika ahli-ahli politik dari pembangkang mahupun Barisan lupa batas2 syariah islam semata2 mahu mem'buka' mata rakyat disamping memperoleh kepercayaan dan pengaruh politik tersendiri...

            Kecewa, pada satu ketika dahulu Malaysia merupakan negara islam yang disegani dari aspek politik, budaya, ekonomi mahupun pembangunan...Sekarang? Malaysia sudah mula mundur dan hilang fokus dalam aspek tersebut angkara pergolakan politik dan sikap ahli2 politik sendiri...

            Dimana-mana, ahli politik kita sering bertelagah, membidas, dan lebih mengecewakan saling mengaibkan ahli2 dan juga parti bertentangan semata2 untuk mem'buka' mata rakyat..Adakah mereka cuma inginkan pengaruh dan juga pengundi?? Menjatuhkan pihak lawan agar mereka boleh naik dan memperoleh pengaruh yang kuat? Bodohkah rakyat, butakah rakyat, pekakkah rakyat untuk menilai semua itu?

            Ada segelintir ahli politik, sengaja memanipulasi akhbar yang sememangnya bias @ berat sebelah dengan ideolodi politik masing2.. Kesannya, rakyat menderita, keharmonian tergugat, keamanan menjadi kucar-kacir semata2 sifat pentingkan diri sendiri segelintir ahli politik yang suka membuka aib, membangkit isu kaum dan agama, menyindir serta memburukkan pihak lawan..Main kotor?? sememangnya politik itu permainan kotor...

           Misalnya, isu penggunaan kalimah Allah yang sengaja digembar-gemburkan oleh ahli politik melalui akhbar baru2 ini.. Isu sensitif seperti itu tidak seharusnya disebarkan melalui media massa.. Kerajaan sepatutnya membendung isu2 seperti ini, bukan berdiam diri tetapi cuba selesaikan isu tersebut secara senyap.. Isu terbabit merupakan isu lama.. Kerajaan sepatutnya mengawal perkara itu daripada terjadi.. Akhirnya apa penyelesaian kes tersebut? Kalimah itu boleh dipakai di Sabah dan Sarawak.. Mengapa? tanyalah ahli politik kita...Kalau itulah penyelesaian, isu terbabit tidak seharusnya dibangkitkan sejak mula kerana ia tidak membawa kemana2 pun.. Sekiranya kawalan isu sensitif kita masih ketat seperti ditampuk pemerintahan TUN MAHATHIR, tidak akan ada kes gereja dibakar, kepala babi didalam masjid, rusuhan dan sebagainya...Penyelesaian berkaitan agama seharusnya diberi kepada ketua2 agama dan bukannya ahli politik serta makhkamah...

           Terbaru, kerajaan negeri pulau pinang dikecam hebat oleh ahli politik melalui akhbar kerana pembatalan perarakan MAULUD NABI ?? Antara initpati hujah ahli politik tersebut, "rakyat terutamanya Melayu dan orang islam harus sedar bahawa kerajaan negeri pulau pinang dibawah DAP mempermainkan kaum melayu dan orang islam.." inikah cara yang sepatutnya ditonjolkan oleh ahli politik islam??? Nyata sekali cuba membakar api perkauman dan juga agama.. Difahamkan, perarakan tersebut di"batalkan" dan digantikan oleh perhimpunan...Tetapi secara emosionalnya, ahli politik berkenaan berkeras membidas kerajaan seolah-olah kerajaan meng"haram"kan perarakan tersebut..Ironiknya, parti PAS dan juga Mufti cuma berdiam diri..seolah2 telah mempersetujui tindakan pembatalan tersebut..Adakah isu ini sengaja dipolitikkan??? Sebagai cara meraih populariti dan undi?? Wallahu-alam..

          Malaysia sebagai salah satu negara yang sedang pesat membangun.. Ahli politik tidak seharusnya menikam, membangkit isu sensitif, mengaib dan memburukkan orang lain yang sememangnya lari daripada syariah islam..Untuk menjadikan MALAYSIA terus maju dan kembali disegani dimata dunia, ahli2 politik seharusnya lebih menekankan isu2 bagi kepentingan rakyat, memberi kritikan yang membina dan memberi teladan yang baik bukannya pula saling menjatuhkan antara satu dengan yang lain..

          Sebagai negara islam, Malaysia setidak-tidaknya haruslah berpotitik secara islam.. Jika benar ada segelintir yang mahu mempertahankan maruah islam, mengapa tidak membangkitkan dan menyelesaikan isu masalah sosial yang telah lama bertapak dinegara ini melalui akhbar...

    Wasalam..

    In:

    Lagi Penghinaan Terhadap Islam Melalui Akhbar... (Norway)



    SEBAHAGIAN penunjuk perasaan menunaikan sembahyang Jumaat di Dataran Universiti, Oslo, kelmarin sebelum menyambung bantahan penerbitan karikatur Nabi Muhammad. - AP



    OSLO 13 Feb. - Kira-kira 2,500 rakyat Norway beragama Islam, berarak di jalan-jalan dekat pusat bandar Oslo dalam satu tunjuk perasaan semalam bagi membantah tindakan sebuah akhbar Norway yang menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkannya sebagai babi.
    Penunjuk perasaan turut melaungkan 'Allahuakbar' selain mengibarkan sepanduk yang meminta akhbar harian Dagbladet diboikot.
    Akhbar tersebut pada 3 Februari lalu menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai babi.
    Gambar tersebut turut disertakan dengan satu artikel yang mengatakan pengguna internet menyiarkan kenyataan menyakitkan hati tentang Islam dan Yahudi di halaman Facebook milik polis keselamatan Norway.
    Ketua editor Dagbladet, Lars Helle memberitahu The Associated Press, dia tidak kesal kerana mencetak gambar yang menyinggung perasaan itu, malah mengalu-alukan tunjuk perasaan yang diadakan semalam.
    "Ia adalah satu ujian untuk masyarakat Norway sama ada ia akan jadi satu bantahan aman atau sebaliknya," katanya lagi.
    Ujar Helle, Dagbladet juga tidak menerima sebarang ancaman secara langsung sejak ia menerbitkan karikatur tersebut.
    Katanya, seorang penggodam dari Turki telah mengakibatkan laman web akhbar tersebut terganggu selama dua jam pada malam Rabu lalu, namun dia tidak pasti adakah pencerobohan itu mempunyai kaitan dengan penyiaran karikatur berkenaan.
    Penunjuk perasaan berkata, mereka mahu menunjukkan kepada media Norway bahawa umat Islam sangat-sangat tersinggung dengan penyebaran gambar seumpama itu.
    Islam mengharamkan sebarang imej yang menggambarkan Nabi Muhammad walaupun ia memaparkan sisi baik baginda kerana bimbang ia boleh membawa kepada pemujaan.

    AP

    In:

    Penyeksaan kanak-kanak oleh Israel...

    PENASIHAT Kanan Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Abu Bakar Al-Awawida, buta kedua-dua matanya akibat diseksa tentera rejim Israel pada 1981. Namun, perjuangannya tetap utuh, malah tidak berganjak sedikit pun untuk mempertahankan negaranya.

    KEJAM... seorang mangsa  menunjukkan cara tentera Israel menyeksa 
mereka di penjara.
    KEJAM... seorang mangsa menunjukkan cara tentera Israel menyeksa mereka di penjara.


    sebelum  -  selepas

    BUKTI... antara kanak-kanak ditangkap tentera Israel, manakala 
keluarga mereka berhimpun menuntut pembebasan. BUKTI... antara kanak-kanak ditangkap tentera Israel, manakala keluarga mereka berhimpun menuntut pembebasan. DAPAT SAMBUTAN... hadirin daripada pelbagai pertubuhan mengikuti 
ceramah khas mengenai kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Masjid
 Wilayah Persekutuan, baru-baru ini. DAPAT SAMBUTAN... hadirin daripada pelbagai pertubuhan mengikuti ceramah khas mengenai kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

    Perhimpunan yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Palestine Centre of Excellence (Pace), Haluan Palestin, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, Pertubuhan Mawaddah, Kispa dan Viva Palestina Malaysia, menampilkan beberapa tokoh daripada pertubuhan pembebasan Palestin, termasuk Koordinator Bantuan Antarabangsa Palestin, Sheikh Abu Ahmad Ziad al-Qishawy.

    Menurutnya, hanya lima juta daripada mereka menetap di tanah air sendiri manakala yang lain terus terusir sejak kezaliman rejim Israel lebih 50 tahun.

    Tentera rejim membunuh beratus ribu penduduk Palestin, malah mencederakan ramai lagi. Bukan itu saja, mereka juga menangkap dan mengusir secara paksa, menghancurkan rumah dan menggantikannya dengan unit pemeriksaan tentera di Tebing Barat.

    Sehingga kini ada lebih 700 unit pemeriksaan tentera. Mereka juga menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa.
    Jadi tidak mustahil, mungkin sekarang, satu jam atau beberapa saat lagi Masjid al-Aqsa boleh tersungkur, kerana tidak ada lagi penyangga yang menahan masjid berkenaan.

    Syeikh Abu Bakar, 48, yang berasal dari satu daerah kecil di a-Khalil, 35 kilometer dari al-Aqsa, mempunyai lapan anak, iaitu lima putera dan tiga puteri melalui seorang isteri.

    Pada usianya belum mencecah separuh abad, beliau juga dikurniakan tiga cucu.

    Beliau sekeluarga yang dipaksa keluar dari bumi Palestin oleh tentera Israel dan kini tinggal di Damsyik, Syria berjuang dan menyuarakan nasib rakyat Palestin melalui Ikatan Ulama Palestin yang diasaskan pada 1990, di Tebing Barat dan Gaza.

    Pertubuhan itu membabitkan keahlian kalangan ulama pelbagai daerah di Palestin, dengan tujuan mendidik serta memberikan kesedaran kepada generasi baru supaya mempertahan Palestin, khususnya Masjid al-Aqsa.

    Ia turut mempunyai beberapa cawangan di luar Palestin dan di kawasan kem pelarian Palestin termasuk di Lubnan, Yaman, Syria dan Sudan, sekali gus dapat membantu meringankan penderitaan mereka, terutama di kem pelarian.

    Syeikh Abu Bakar berkata, rejim Israel semakin ganas, malah akibat penjajahan Israel, kanak-kanak hidup dalam ketakutan dan berdepan jaminan masa depan yang pudar.
    Sesetengahnya bergelar yatim sejak bayi kerana ibu bapa terkorban dalam konfrontasi.

    “Bagi sesetengah kanak-kanak, orang tua mereka sudah syahid, cacat anggota badan dan ditangkap tentera Israel. Sekolah pula rata-ratanya hancur akibat pengeboman tentera rejim Zionis.

    “Mereka diharamkan daripada mengikuti kelas pembelajaran, untuk mendapat ubat-ubatan, malah diharamkan untuk mempunyai peralatan mainan seperti kanak-kanak sebaya lain.

    “Bahkah, kertas sukar diperoleh walaupun hanya sekadar untuk menulis. Mereka sangat susah, seolah-olah berteriak kepada dunia, ‘lihatlah wahai saudaraku, apa sudah dilakukan tentera Israel terhadap kami dan kenapa kamu semua diam’.

    “Ramai juga kanak-kanak ditangkap dan diseksa tentera Israel, malah ada yang kehilangan penglihatan akibat diseksa, kehilangan tangan dan kaki, tetapi mereka tetap bersemangat untuk belajar,” katanya.

    Beliau berkata, mereka memanfaatkan ruang yang ada di kem pelarian untuk belajar, malah ada yang menggunakan kemudahan di masjid untuk membaca dan menghafal al-Quran.

    “Kanak-kanak Palestin di luar negara pula sangat menderita kerana berjauhan dari tanah air dan tidak tahu menahu di mana ibu bapa mereka.

    “Mereka di luar Palestin seperti di Syria, Lubnan, Yaman, Iraq dan Sudan serta Malaysia sangat memerlukan perhatian kerana mereka mahukan hak sama seperti kanak-kanak lain, terutama hak untuk belajar,” katanya.

    Beliau berharap kerajaan Malaysia juga membantu kanak-kanak Palestin untuk mendapat hak dalam bidang pendidikan.

    “Kedua-dua mata saya menjadi buta selepas diseksa dan dipukul di dahi sewaktu ditahan dan dipenjarakan rejim Zionis selama 54 hari ketika masih belajar di Ma’had Syarie di al-Quds.

    “Saya akui penglihatan memberikan banyak kelebihan dan dengan keterbatasan ini membuatkan pergerakan saya sedikit terhalang, tetapi saya berusaha dengan gigih bersama bantuan anak dan isteri, sehingga kini saya dapat melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana,” katanya sesekali menongkat pipi dan menggosok bahagian matanya yang tidak boleh melihat akibat diseksa ketika usia remaja.

    Syeikh Abu Bakar sudah membuktikan kepada tentera Israel, memang benar dirinya diseksa hingga hilang penglihatan tetapi masih tidak terdaya menghalangnya untuk membantu perjuangan kaum Muslimin Palestin.

    “Tentunya saya, malah kita umat Islam sentiasa berusaha untuk memberikan sesuatu buat rakyat Palestin,” katanya.

    Dipetik daripada HMetro!

    In: ,

    MARAH dan pengelasannya...

    Daripada Rasulullah S.A.W:

    “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”
    Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

    Setiap manusia mempunyai sifat marah tetapi dibentengi oleh sifat sabar. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan.


    Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.


    Ada lima kategori marah :

    *cepat marah atau marah tidak bertempat
    *marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat)
    *marah sederhana
    *tidak tahu marah
    *marah keterlaluan.


    Menurut Imam al-Ghazali, terdapat 10 punca sifat marah:

    *rasa bangga diri
    *takjub kepada peribadi sendiri
    *berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas
    *bercakap perkara sia-sia
    *gemar membuat fitnah.
    *gemar berbantah dalam sesuatu perkara
    *khianat
    *tamak kepada harta juga pangkat
    *gagal mengendalikan nafsu dan emosi
    *hasad dengki dan iri hati.


    Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.


    Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.


    Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.


    Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.


    Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.

    Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.


    Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.


    Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

    Dipetik dan diubahsuai daripada akhbar!

    In:

    Hari Pengakhiran

    Salam semua..hari ini saya ingin berkongsi teori hari kiamat yang dipetik dari KOSMO! :

    Oleh ADHAM SHADAN

    RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.

    AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.

    GAMBARAN bencana besar di bumi yang dipaparkan dalam filem 2012

    ZAMRI menunjukkan satu gambar permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan komet.

    PERBUATAN manusia menjadi salah satu punca berlakunya bencana alam. – Gambar hiasan. (KANAN) Hampir setiap hari, ada asteroid yang cuba menghampiri bumi.

    Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?

    RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

    Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

    Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

    Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

    Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

    Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

    Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

    Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

    Hentaman objek

    "Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

    "Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

    "Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

    Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

    "Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

    "Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

    Perlanggaran galaksi

    Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

    "Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

    Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

    Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.

    "Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

    Fenomena alam berangkai

    Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

    "Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

    Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

    "Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

    Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

    "Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

    Terma Kosmofobia

    Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

    "Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

    "Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.

    Kiamat dari perspektif agama

    Walaupun sifat sebenar hari kiamat tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan yang juga disebut sebagai as-Sa’ah.

    TIDAK ada sesiapa boleh menyangkal bahawa kepercayaan kepada hari kiamat turut didasari dengan unsur keagamaan. Justeru, kupasan berdasarkan perspektif agama adalah perlu untuk mengelakkan tersasar pemahaman.

    Bagi sesetengah agama yang menyeru umatnya mengimaninya, hari kiamat merujuk kepada hari berakhirnya dunia dan bermulanya alam akhirat.

    Berdasarkan Islam, hari kiamat adalah hari semua manusia dibangkitkan selepas kematian dan segala amalan ketika di dunia dihitung. Bagi mereka yang berbuat baik dan beramal soleh diberikan ganjaran syurga dan bagi mereka yang ingkar dibalas neraka.

    Menurut Ketua Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Abu Zaki Ismail, sebelum manusia dibangkitkan seluruh alam dan isinya akan dibinasakan.

    "Sehingga pada saat itu, disebutkan dalam al-Quran, hanya Allah sahaja yang hidup, malaikat-malaikat turut dimatikan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

    Tambahnya, hanya Allah yang tahu bila ia akan berlaku. Turut disebutkan di dalam al-Quran bahawa hari itu tidak akan datang melainkan secara tiba-tiba.

    "Justeru, kalau ada orang yang meramal, ramalan itu pasti tidak benar," ujarnya sambil memberitahu hari kiamat disebut sebagai yaumul qiyamah dalam bahasa Arab.

    Walaupun sifat sebenar hari itu tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan atau juga disebut sebagai as-Sa'ah.

    "Misalnya disebutkan langit runtuh dalam surah al-Infitor, langit terbelah dalam surah al-Insyiqaq, langit digulung dalam surah al-Anbia', bumi bergegar dalam surah al-Zalzalah dan sebagainya," tambahnya.

    Katanya, walaupun Allah berfirman 'la ta'tiikum illaa baghtah' (Tidaklah ia datang melainkan secara tiba-tiba), namun Islam turut menggariskan beberapa tanda sebelum kedatangannya.

    Antara tanda-tanda kecil adalah zina bermaharajalela, ramai orang soleh meninggal dunia, negara Arab berpadang rumput, banyak saksi palsu dan lain-lain. Antara tanda-tanda besar pula adalah matahari terbit di sebelah barat, lahirnya Dajal dan turunnya Nabi Isa.

    Abu Zaki menjelaskan, antara tanda-tanda lain kiamat semakin tiba juga adalah berlakunya banyak bencana alam.

    "Diriwayatkan dalam satu hadis, sebelum tibanya hari kiamat, berlaku banyak bencana sehinggakan manusia yang hidup apabila melalui tepi kubur berharap agar mereka (manusia yang hidup itu) yang berada di dalam kubur tersebut. Mereka bukan berkata demikian kerana hendak mati tetapi berkata begitu kerana tidak tahan untuk terus hidup," ujarnya.

    Berhubung ramalan yang digembar-gemburkan, Abu Zaki berkata, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk difikirkan.

    "Apa yang penting ialah kita berusaha melengkapkan amal dan bersedia menghadapinya. Walaupun kita tidak tahu bila ia akan berlaku, tetapi ia tetap akan berlaku," ujarnya mengakhiri perbualan.

    Hari kiamat turut ada dalam kepercayaan Kristian dan ia lazim disebut The Last Judgement, Final Judgement atau Day of Lord.

    Sementara itu, menurut penasihat Malaysia Hindu Sangam, Datuk A. Vaithilingam, berdasarkan perhitungan Hindu, dunia kini sedang berada dalam fasa terakhir kitaran iaitu kali yuga.

    Menurutnya, dunia telah melalui fasa pertama, kiru thayuga; fasa kedua, thiretha yuga; fasa ketiga, thuvabara yuga dan kini melalui fasa terakhir iaitu kali yuga.

    "Tetapi, kali yuga merangkumi tempoh 432,000 tahun dan tahun ini, baru 5,111 tahun kali yuga. Ada beratus ribu tahun lagi untuk ia berakhir," kata Vaithilingam.

    Bagaimanapun, Vaithilingam berkata, menurut ajaran Hindu, dunia ini tidak akan musnah terus sebaliknya akan melalui satu kitaran baru.

    "Dalam agama Hindu, kemusnahan dunia 100 peratus atau secara sekali gus tidak mungkin berlaku. Dalam dunia ini, ada orang yang baik dan kami percaya Tuhan tidak akan membuat kemusnahan begitu.

    "Selepas tamat tempoh kali yuga, kitaran lengkap akan berakhir dan dunia akan berubah kepada bentuk yang lain yang hanya diketahui Tuhan," katanya.

    Vaithilingam menggesa orang ramai agar tidak berasa takut dengan ramalan-ramalan bila berlakunya kemusnahan dunia.

    "Manusia tidak perlu bimbang dengan ramalan-ramalan ini. Mereka harus fokus dalam menjalani kehidupan harian tanpa berasa takut," katanya.

    Dipetik daripada arkib Kosmo!

    In: ,

    Beberapa Larangan Rasulullah S.a.w

    Salam semua...Hadis untuk hari ini ialah:

    Beberapa Larangan Rasulullah S.a.w

    Dari al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya.”
    (Bukhari)


    Huraian:-


    Dosa-dosa besar adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan orang-orang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa mereka. Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam. Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibah-musibah yang datang menimpa tidak pernah berkesudahan. Sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil dorongan hawa nafsu. Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa. Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang lain. Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga. Itulah antara sebab-sebab yang mengundang kecelakaan. Oleh itu sebagai hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi.

    In: ,

    Larangan kahwini penzina...

    Salam semua..hari ini, saya ada sesuatu ingin berkongsi dengan anda...dipetik dari soal jawab agama Harian Metro:

    “LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.” (al-Nur: 3)

    Dari ayat di atas saya ingin bertanyakan beberapa soalan:

    a. Adakah wajib bagi saya mengahwini perempuan yang pernah sama-sama terlanjur?

    b. Jika perempuan itu sudah berubah hati, adakah perlu bagi saya untuk bertanggungjawab ke atas dirinya?

    c. Saya amat menyesali perbuatan lepas bersama perempuan berkenaan, bahkan saya menasihatinya supaya kembali kepada saya dan segera merancang untuk berkahwin memandangkan saya masih ada hati padanya.

    Malangnya niat baik saya dipersendakan. Rakan saya pernah menasihati saya supaya reda dengan takdir dan jodoh.

    Persoalan saya, bolehkah ustazah terangkan apakah maksud jodoh dan takdir sebagai lelaki, apakah yang saya perlu lakukan sedangkan hati saya tidak tenang dalam melakukan taubat.

    PEMUDA
    Shah Alam

    Ayat ini adalah daripada surah An-Nur yang diturunkan di Madinah iaitu tempoh Nabi Muhammad SAW berusaha membentuk masyarakat Islam.

    Untuk membentuknya anggota masyarakat mestilah terdiri daripada mereka yang kuat peribadi dan ada harga diri.

    Sahabat diseru mencari wanita yang baik untuk dikahwini dan dilarang keras bagi orang beriman berkahwin dengan penzina.

    Merujuk pada persoalan tuan, jika tuan sudah terlanjur dengan seorang wanita, maka tuanlah orang paling layak untuk mengahwininya.

    Jika pasangan tuan yang sama-sama terlanjur berubah hati dan mahu memilih orang lain, dia boleh berbuat demikian kerana tiada ikatan atau hubungan sah yang mengikat tuan dengan dia.

    Apa yang terbaik dilakukan sekarang ialah bertaubat pada Allah atas keterlanjuran dan dosa yang dilakukan kerana berzina, termasuk dosa besar.

    Bila manusia melakukan dosa dan kesilapan hanya ada satu pintu padanya untuk kembali tenang iaitu pintu taubat.

    Reda dengan ketentuan bahawa wanita itu bukan jodoh tuan jika dia menolak dan yakin akan ada yang lebih baik.

    Yang penting sekarang ialah membetulkan diri anda kerana Allah juga berfirman dalam surah sama pada ayat seterusnya iaitu ayat 26 yang maksudnya wanita yang tidak baik hanya sesuai pada lelaki yang tidak baik dan begitulah sebaliknya.

    Wanita yang baik hanya sesuai untuk lelaki baik dan sebaliknya. Oleh itu baikkanlah diri untuk mendapat yang terbaik.

    Moga tulisan ini dapat menjadi panduan kita bersama...
    Amin...

    In:

    Aksi terlampau dekat masjid!

    Menyakitkan mata! Itulah yang dapat digambarkan terhadap tingkah laku biadab segelintir remaja yang beraksi mesra tanpa segan silu di sekitar Taman Menara Berkembar Petronas (KLCC) terutama pada hujung minggu.

    Malah, kawasan rekreasi Taman KLCC yang terkenal di kalangan pengunjung sebagai lokasi bersantai bersama keluarga dan menikmati pemandangan indah menara KLCC kini tercemar dengan kegiatan ‘terlampau’ segelintir remaja.

    TAK MALU… gelagat pasangan remaja di Taman KLCC.

    Tinjauan Harian Metro mendapati segelintir remaja tempatan dan orang asing yang dipercayai warga Indonesia menjadikan kawasan rehat di sekitar taman itu sebagai tempat memadu kasih tanpa menghiraukan orang sekeliling yang beriadah.

    Pengunjung, Sofleyna Mohd Saleh, 32, berkata perbuatan kurang sopan di kalangan muda mudi yang tanpa segan silu ‘menunjukkan kasih sayang dan rindu dendam’ di khalayak umum begitu memalukan serta menjelekkan mata memandang.

    “Lebih menyedihkan kerana kebanyakan remaja yang melakukan perbuatan ini bertudung dan tanpa rasa bersalah berpelukan serta bercumbuan dengan pasangan masing-masing.

    “Sudahlah lokasi ‘aktiviti’ mereka ini berdekatan masjid, mereka langsung tidak rasa bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh. Setidak-tidaknya mereka perlu menghormati rumah ibadat tambahan pula ramai di kalangan pengunjung membawa bersama anak-anak kecil,” katanya.

    Katanya, individu yang melakukan perbuatan kurang sopan di tempat awam seharusnya dikenakan tindakan sewajarnya kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan perbuatan sama, khususnya remaja yang gemar mencuba sesuatu yang baru.

    Bagi Zainan Samingan, 41, perbuatan segelintir remaja Melayu beragama Islam melakukan aksi mesra di khalayak umum seakan menjadi kebiasaan (trend) masa kini dan tidak menolak terdapat jurang yang ketara antara remaja dulu dan sekarang.

    “Nilai sebagai seorang Islam sudah jauh dipinggirkan dan ditolak tepi semata-mata memenuhi tuntutan nafsu. Perkara ini harus dibendung kerana jika terus dibiarkan dikhuatiri bakal meruntuhkan akhlak remaja dan nilai jati diri lebih-lebih lagi yang beragama Islam,” katanya.  -Metro

    In:

    Kambing berkepala manusia?

    Seorang doktor haiwan di sebuah kampung di Turki, Erhan Elibol terkejut selepas dia mendapati terdapat seekor anak biri-biri memiliki wajah seperti manusia, lapor beberapa buah akhbar semalam.

    Anak biri-biri itu dikeluarkan menerusi pembedahan daripada ibunya.

    Anak biri-biri itu yang mempunyai mata, hidung dan bibir seperti manusia.

    “Saya pernah melihat anak lembu dan biri-biri yang dilahirkan dengan mempunyai tubuh yang pelik akibat proses mutasi seperti yang bermata satu, berkepala dua atau berkaki lima.

    “Namun, apabila melihat anak biri-biri itu memiliki mata, hidung dan mulut seperti manusia, saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat,” kata doktor veterinar berusia 29 tahun itu.

    Ramai pakar haiwan menganggap anak biri-biri yang mempunyai wajah mirip manusia itu berlaku kerana ibunya kekurangan zat vitamin A.

    Menurut doktor itu, ibu biri-biri itu tidak dapat melahirkan anaknya itu secara normal menyebabkan pembedahan tersebut dilakukan.

    Pada September tahun lalu, seekor anak kambing dilahirkan dengan mukanya mirip manusia dan hidup beberapa jam sebelum dibunuh dan dibakar oleh penduduk di sebuah kampung di Zimbabwe.

    Gabenor di wilayah tempat anak kambing itu dilahirkan di Zimbabwe menyatakan kejadian tersebut berlaku akibat hubungan seks antara seorang lelaki dengan seekor kambing betina. – Agensi [Sumber: Kosmo]

    In: ,

    Rukun Syahadah...

    Salam semua...moga kehidupan kita sentiasa beroleh rahmat dari Illahi..


    Hari ni, kita fokus santai kepada rukun syahadah..Seperti yang kita tahu (mungkin ada yang tidak tahu), rukun syahadah ada 4...


    1.Ikrar

    >>>Ikrar tentang keesaan Allah S.W.T. dan nabi Muhammad S.A.W. itu adalah utusan-Nya.


    2.Iktikad

    >>>Mempercayai \ menyakini bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang berhak disembah dan nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya.


    3.Iktiraf

    >>>Mengakui tentang keesaan \ kebesaran Allah dengan mengakui kebenaran dan kerasulan nabi Muhammah S.A.W..


    Akhir sekali...


    4.Amalan

    >>>Beramal dengan bersungguh2 sebagai memenuhi tuntutan syahadah tanpa ragu2, jemu, dan amalan hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah S.W.T..



    Setiap ilmu perlu dikongsi...

    Salam....

    In: ,

    Perkara-perkara yang membatalkan SYAHADAH...

    Salam...hari ini topik lain sikit k...mood santai sikit...

    Ok, mugkin semua dah tau tentang perkara2 yang membatalkan syahadah/iman..topik hari ni cuma ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca..manalah tau kot2 terlupa...

    Perkara2 yang membatalkan syahadah ialah...

    1. Mensyirikkan Allah..
              ***ni mcm dah kolot, tapi jgn hairan jika masih ada yang mengamalkannya...lebih2 lagi di zaman moden ni, kita tidak sedar yang ke'fanatik'an kita atau keterujaan kita menjurus kepada benda ni...contoh?? lihatlah di sekeliling kita...ada yang menganggap tokoh2 pemimpin dan doktor2 perubatan sama seperti tuhan..meninggikan mereka, memuji2 kehebatan mereka...tetapi ingatlah,mereka tidak boleh memberi mudarat atau kebaikan kepada kita tanpa izin daripada Allah..

    2.Mengingkari dan mempersendakan hukum2 Allah..
              ***yang ni, no komen...salah satu contoh, hukum hudud adalah hukum Allah..tetapi kita ingkar/enggan melaksanakannya..begitu juga dengan ibadat solat..ibadat solat adalah hukum Allah yang wajib ditunaikan..tetapi, ramai anak muda kita memandang remeh hal2 berhubung dengan solat...

    3.Mempercayai ada kuasa selain daripada Allah...

    4.Menolak al-Quran dan hadis samada sedikit atau kesemua sekali..

    5.Mengingkari kerasulan nabi Muhammad S.A.W..

    6.MengHALALkan apa yang HARAM dan menHARAMkan apa yang HALAL..
              ***kes ni berada dimana2..dimana2 kita dapat lihat lelaki dan wanita mendedahkan aurat..Ada pihak yang melarang lelaki untuk berpoligami..sedangkan ia dianjurkan dalam islam..

    7.Benci atau menentang perkara2 yang terkandung didalam syariah Islam...

    8.Biadap terhadap junjungan Rasulullah S.A.W
              ***contohnya mempertikaikan 9 perkahwinan rasulullah dan sebagainya..

    9.Memberi sokongan dalam menentang Islam...
              ***hal ni yang paling licik...tanpa kita sedari, setiap perbuatan/pembelian kita boleh disalurkan kepada dana2 yang menjurus kepada peperangan menentang pejuang Islam yang mempertahankan bumi sendiri ( anda boleh fikirkan sediri maksud saya sekiranya anda mengikuti blog ini dari mula )...

    Jadi, fikir2kan dan teliti setiap perbuatan kita dalam kehidupan seharian..manalah tau ada bersangkut paut dengan salah satu perkara2 di atas..yang baik, kita jadikan iktibar...yang buruk, bersamalah kita tinggalkan dan minta dijauhkan..

    Salam...

    In:

    Rakyat palestin di bedil lagi...

    Salam...ada tengok paper baru2 ni?? 2 rakyat palestin di bom oleh tentera israel..Sampai bila rakyat palestin menjadi sasaran rejim zeonist??? Di manakah suara kita untuk mempertahankan saudara kita di seberang sana??? sampai bila kita harus berdiam diri...dalam semua pemimpin Malaysia, hanya tun mahathir sahaja yang lantang dan berani mencabar Israel dan sekutunya Amerika...

    Rakyat palestin juga adalah manusia, berhak untuk hidup bahagia dan tinggal dinegara mereka...Suatu hari nanti, tidak mustahil perbuatan zeonis ini membakar niat anak2 palestin untuk menuntut hak dan membalas dendam...Ibu-bapa,saudara-mara,adik-beradik semuanya tidak terkecuali oleh bedilan tentera zeonis..tidakkah mereka berhak untuk hidup???

    Jika di imbas, perkara yang sama pernah berlaku sebelum ini..ingatkah anda tentang hitler?? membunuh kaum hebrew (penganut yahudi) di eropah tidak lama dahulu??? Pernahkah anda melihat "Conspiracy?" didalam History Channel (ASTRO)?

    Didalam 2episod yang berlainan, iaitu episod mengenai '40ways to kill hitler (kalau tak silap)' dan juga episod mengenai 'UFO' kita boleh melihat kaitan mengenai zeonisme...Didalam episod 'hitler', terdapat banyak cubaan dari tentera dan pegawai hitler sendiri untuk membunuhnya...tetapi, semua itu hanya berlaku apabila hitler telah "membunuh" orang yahudi di german...kemudian barulah tercetusnya perang dunia apabila hitler cuba untuk menakluk seluruh eropah...

    Yang menjadi konspirasi disini ialah, benarkah pegawai2 tinggi hitler juga adalah penganut yahudi??? Di dalam program yang lain, kita dapat lihat bahawa kebanyakan rakyat amerika ada berdarah jerman(warga yahudi jerman yang lari ke amerika ketika berlakunya pembunuhan yahudi)...kemudian, selepas perang tamat...kebanyakan pegawai tinggi dan tentera NAZI di bawa masuk ke amerika bagi mendapat teknologi ketenteraan jerman (benarkah begitu???)...

    Didalam episod 'UFO' pula, nyata sekali disebut Pegawai tinggi NAZI yang dibawa ke Amerika membawa dokumen dan senjata jerman yang canggih dan "TOP secret" pada masa itu bersama mereka...Antara senjata dan teknologi ini termasuklah "UFO" berbentuk loceng yang dibangunkan jerman...

    antara lukisan pelan teknologi nazi:





    Nyata sekali di dalam 2 episod yang berlainan ini secara tidak sengaja mereka telah membongkar sedikit sebanyak gerak-geri ZEONIS...kita semua tahu, bukannya semua umat yahudi berfikiran zeonis...itu pernah saya jelaskan didalam post yang lalu..

    Lihat barisan kabinet amerika, berapa ramai penganut yahudi? tidak hairanlah, israel selalu sahaja dibela oleh 'uncle sam' sehingga apa sahaja perbuatan mereka tidak dianggap sebagai "pengganas" sebaliknya dianggap heroic..siapa berani menentang amerika?? Satu kuasa veto, dan juga Sistem ketenteraan tercanggih dan termaju didunia??

    KONSPiRAsi?? Jika ini suatu konspirasi, ia adalah suatu konspirasi yang hebat..dirancang setelah sekian lama, dan nampaknya mendatangkan hasil bagi ZEONISME...

    Wassalam...


    >>>semua ini adalah hasil pemerhatian saya...terpulang kepada anda semua untuk menilai..ILHAM@gheragas

    In:

    Tamadun manusia...Civilized/Non-civilized?

    Apa perasaan anda melihat insiden sebegini??












    Bersama kita fikirkan, adakah mereka layak digelar manusia? Manusia adalah khalifah dimuka bumi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk membantu yang lemah dan menegakkan kebenaran...Semakin kita maju kehadapan, semakin luntur peradaban dan sikap berperi-kemanusiaan kita..

    Search This Blog