right_side

Labels

Bookmark and Share

  • Mod by : Gheragas
  • In:

    Pengenalan Gheragas...

    Oh..Saya terlupa post mengenai blog Gheragas ini..

          Saya sebenarnya lebih cenderung kepada IT, bermula dari tweak,format,dan repair hampir kesemua sistem komputer, perisian dan perkakasan i know how to handle..Tetapi apabila terfikir sejenak mengenai isu agama dan masalah remaja, hati saya tergerak untuk menulis topik2 berkaitan agama dan remaja..

    Bermulanya Gheragas...
           Gheragas adalah singkatan Gerakan Hal Ehwal Remaja dan Agama Sabah@Sedunia(mana2 pun boleh..)..Gerakan disini bukan bermaksud persatuan atau pergerakan, tetapi lebih bermaksud kepada mekanisme untuk menaikkan semula jiwa agama didalam golongan remaja..semoga dgn usaha yang sedikit ini dapat dijadikan iktibar dan peringatan kepada setiap pembaca..

    Amin..

    In: ,

    Islam Perlu Selaras Dgn Era Globalisasi

    سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ


    Maksudnya: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belum kah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belum kah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhan mu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Al-Fussillat ayat 53)

    Era globalisasi dengan temanya dunia tanpa sempadan menjadikan segala maklumat begitu pantas disampaikan. Kecanggihan dan kehebatan teknologi tanpa sempadan ini mestilah dilihat sebagai peluang serta wasilah dakwah dalam meransang mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berakhlak yang tentunya akan dimanfaatkan oleh mereka yang tercari-cari serta amat dahagakan ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama.

    Menyedari hakikat inilah kami anak-anak Kedah di Mesir merasa terpanggil dan cuba mengorak langkah dengan menubuhkan syarikatnya yang diberi nama Al-Muttaqin pada Januari 2007 di bawah naungan Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir. Kemunculan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat mengenengahkan seberapa ramai pelapis ulama’ serta cendiakawan yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu serta dapat melahirkan pelbagai penemuan baru hasil kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh mahasiswa di pelbagai bidang khususnya mahasiswa Universiti Al-Azhar.

    Sesungguhnya kewujudan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat menyediakan seberapa banyak peluang pekerjaan khususnya kepada siswazah Al-Azhar serta dapat memberi satu sumbangan yang bermakna kepada semua lapisan masyarakat. Adalah diharapkan agar bahan-bahan yang disediakan akan dapat membantu menyelesaikan persoalan yang berkaitan. Pihak Al-Muttaqin juga mengaharap sokongan daripada semua pihak agar ianya lebih maju serta berdaya saing.

    Objektif Penubuhan

    Menceburi bidang ICT sebagai medan dakwah.
    Mengenengahkan ulama’ yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.
    Menyediakan seberapa banyak peluang pekerjaan khususnya kepada siswazah Al-Azhar
    Menggabungkan di antara wahyu dan akal untuk menzahirkan kehebatan Islam.
    Menyampaikan ilmu kepada semua peringkat manusia di dunia dengan manhaj Al-Azhar.Tarikh ditubuhkan
    Al-Muttaqin telah dilancarkan oleh Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir pada 1 Januari 2007.

    AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

    a) Mengendalikan Al-MuttaqinTV

    i) Menyediakan program pengajian dan majlis ilmu secara online ke seluruh dunia

    Majlis Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang diadakan pada bulan Ramadhan setiap tahun.Kuliah Online setiap hari bersama Ustaz Aidil Azwal Zainuddin
    Syarahan Ilmiah oleh Profesor Dr. Saaduddin Mus’ad Al-Hilali, Pensyarah Fakulti Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Kaherah bertajuk ‘Fiqh Islam antara Keaslian dan Pembaharuan’.Syarahan Ilmiah oleh Dr. Usamah Sayid Al-Azhari, Pensyarah Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar Zagazig bertajuk Manhaj Al-Azhar yang Sederhana.Forum ‘Malaysia Pasca Pilihanraya: Kemana Hala Tuju’ oleh Profesor Dr. Redzuan Othman dan Profesor Md. Nor Othman
    ii) Wawancara bersama tokoh akademik

    Wawancara bersama Profesor Dr. Redzuan Othman, Pensyarah Universiti Malaya dan Penganalisis Politik bertajuk Malaysia Pasca Pilihanraya Umum ke-12
    Wawancara bersama Profesor Dr. Abdul Aziz Hanafi, Dekan Kuliah Syariah Islamiah, Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) bertajuk Apa Itu Syiah?
    Temuramah bersama Profesor Dr. Zawawi Haji Ahmad, Bekas Pensyarah Universiti Malaya bertajuk Bukti Saintifik di dalam surah Yaasin.
    Wawancara bersama Dr. Rosni Samah, Dekan Fakulti Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertajuk Persiapan Azhari dalam Persaingan di Malaysia
    iii) Rakaman ilmiah

    Al-Quran dan Sains (12 siri)
    Pengajian Intensif Ilmu-ilmu Asas dalam Pengajian Islam (9 siri)
    Sirah Nabawiyah Nabi Muhammad SAW (22 siri)
    iv) Merekod, menyunting dan memuat-atas (upload) media video aktiviti dan program ilmiah untuk web

    b) Penerbitan Buku Ilmiah

    Tafsir Surah Yaasin dari Perspektif Sains dan Sejarah, karangan Profesor Dr. Zawawi Haji Ahmad.Kenapa Aku Meninggalkan Syiah oleh Mahasiswa Kedah Universiti Al-Azharc) Pembangunan Perisian dan Web

    Sistem Maklumat Pelajar Online (SMPO) dan Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB)
    Laman web rasmi Program Gerak Usahawan Mesir
    Portal Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir
    Laman web rasmi El-Ittihad Groups
    PENCAPAIAN

    Middle East Career Carnival 2007 – Cairo International Convention Centre (CICC) 26 -27 November 2007 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
    Mengendalikan siaran secara langsung Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman dengan anak-anak Kedah di Perlembahan Nil pada 29 Mei 2008.
    Mengendalikan siaran secara langsung Majlis Sambutan Aidul Fitri 1429H anjuran Kedutaan Malaysia di Kaherah yang bertempat di Dataran Kompleks Haiyyu Asyir dan dipancarkan ke seluruh dunia.
    Mengendalikan siaran secara langsung, rakaman dan produksi media Program Gerak Usahawan Mesir yang dirasmikan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Pengajian Tinggi pada 30 November dan 3 Disember 2008.
    PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    Menyediakan perkhidmatan siaran secara langsung aktiviti atau program melalui internet.Menyediakan perkhidmatan produksi multimedia.Berperanan dalam pembangunan perisian dan web yang berkaitan dengan pendidikan mahasiswa.Menyediakan khidmat latihan teknologi dan penyiaran kepada mahasiswa.PERANCANGAN MASA HADAPAN

    Mewujudkan pusat operasi secara tetap.
    Berusaha untuk menyiarkan semua kuliah-kuliah pengajian terpilih secara siaran langsung melalui internet.
    Mewujudkan bank video pengajian untuk rujukan masyarakat.
    Mewujudkan jaringan perkhidmatan yang pelbagai.
    Pusat Bahasa Arab Al-Muttaqin
    Pusat Terjemahan Al-Muttaqin
    Agensi Pelancongan Al-Muttaqin
    Al-Muttaqin Consultant
    PENUTUP

    Teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) berkembang begitu pesat di masa kini. Kecanggihan dan kepantasan teknologi maklumat dan telekomunikasi akan menjadi sia-sia jika tidak diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Melihatkan kepada keadaan semasa yang berlaku di dunia tanpa sempadan ini berlaku begitu banyak kefasadan yang berlaku dan menyedari kehendak masyarakat yang berada di Malaysia khususnya dan dunia amnya yang dahagakan ilmu agama, maka Al-Muttaqin diwujudkan sebagai sumber media alternatif.

    Di atas inisiatif dan idea dari Muhammad Aidil Azwal bin Zainuddin selaku Penasihat Al-Muttaqin untuk mewujudkan satu kumpulan dari mahasiswa yang berkemahiran dan berpengalaman dalam menyebarluaskan dakwah kepada masyarakat melalui dunia teknologi. Antara tujuan penubuhan Al-Muttaqin ini ialah untuk membentuk pelapis ulama’ dikalangan warga azhari yang berkemahiran sebelum pulang berdakwah di Malaysia. Ini adalah sebagai salah satu sumbangan dari anak-anak Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar kepada masyarakat di Kedah khususnya dan Malaysia secara amnya walaupun berada di perantauan yang ingin melihat masyarakat yang berilmu pengetahuan di bidang agama dan akademik.

    Bagi merealisasikan matlamat ini tercapai dengan jayanya, Al-Muttaqin memerlukan kos pembiayaan yang agak tinggi. Oleh yang demikian, proposal ini dibuat bagi membentang dan menjelaskan anggaran kos pembiayaan yang diperlukan untuk dipohon bagi pertimbangan pihak-pihak yang berkenaan bagi melicinkan perjalanan aktiviti dan program yang telah dirancangkan. Pihak Krew Al-Muttaqin berharap agar diberi peluang untuk menjadi peneraju dan pemangkin dunia dakwah dalam dunia tanpa sempadan ini dengan bantuan dan sokongan dari pihak-pihak yang berkenaan.

    Sekian, terima kasih.

    Disediakan oleh:
    Jabatan Media Al-Muttaqin

    In: , , ,

    Selawat Melindungi Diri

    tawassalna bi bismillah
    wa bil hadi rasulillah
    wa kulli 'arifin billah
    wa ahlillahi ya allah
    ya allah
    syumul silhuda
    shuyukhil waraa
    nujuu min nada'
    bihinnas lahu min kulli azab
    bi qadrillahi ya allah

    In: ,

    DEFINITION OF TAQWA

    When taqwa is mentioned, it would be interpreted as fear of God. This is not so as taqwa does not mean fear. Taqwa towards God does not mean fear of God. Fear of God is one of the attributes of mahmudah which is embodied into the attributes of taqwa, but it is not considered as taqwa. Fear in Arabic language is khauf or khasha.

    Taqwa originated from the term waqa-yaqi-wiqoyah which means to preserve. The proof statement is in the verse of the Quran as follows: Meaning: “O you who have attained to faith! Ward off from yourselves and those who are close to you, that fire (of the Hereafter).”(At Tahrim: 6)



    God has stipulated in the Quran with the kalimah ittaqu or yattaqi. Additional words to the basic kalimah waqa would alter the meaning. At this instance, ittaqullah means ‘one must take Allah as the One who cares/guards/protects’. God must be taken as the Protector’. God taken as the Fortress or stronghold. Once under God’s protection, within His Fortress or stronghold, negative or dangerous elements would not penetrate or break through. In other words, God is the wall, protection against evil.
    The endeavours rendering Allah as the One who cares or protects or be the fortress are by implementing His commands both physically and spiritually. In other words, His commands are meant for developing the attributes of mahmudah. To accumulate and nurture the attributes of mahmudah are the endeavours rendering Allah as the One who cares or protects. To develop the attributes of mahmudah are the efforts towards taqwa.

    Taqwa or wiqoyah have been misinterpreted and its intentions have been limited. It’s actually global and comprehensive, like a storage or warehouse for mahmudah (good attributes) consisting of all the attributes of mahmudah. It includes patience, acceptance (redha) , generosity, being loving and caring, charitable with forgiveness vice versa and many other good attributes. The entire mahmudah attributes are considered as taqwa. Thus taqwa meant a great deal. It provides security in this world and the Hereafter.
    As such if we say ittaqullah, it would mean; ‘you must take Allah as the One who care for you’. Many of the Islamic terms have been misinterpreted and misused causing the loss of their bliss or barakah. When Islamic terms are in use, somehow there are no associated feelings or sense. For example the term ‘khalwat’ is an honourable word meant as one in a state of solitude with God. It is part of the practices of sufism. However, its interpretation has deviated from the original, now it is meant as the close proximity between man and woman who are not muhram. The same with the term ittaqullah. Every week on Fridays, the term is being called aloud at the mimbar of the mosque, but majority of the congregation (jamaah) could not sense anything. The blessedness or barakah of the term has gone as it has been misinterpreted.

    To be someone with taqwa means to be one under God’s protection and care and staying within God’s fortress or stronghold. One is protected, immuned or untouched from external invasions.Someone with taqwa could be considered as one wearing the armour of steel or bulletproof jacket.

    Taqwa is the spiritual attire. It is the rituals for the soul. Taqwa is an inner matter involving the rituals of the heart. When sincerely practised and performed, the attributes of mahmudah such as sincerity, just, truthfulness, loving and caring, gentleness, generous, tawadhuk, humbleness, tolerant, humanitarian, patience, redha, tawakal, giving priority to others, forgiveness, trustworthy, consistent, hard working, open heartedness, cooperative, sympathy, compassion and others, will submerge.

    The person with taqwa is an extraordinary person as he has the attributes of malaikat. He is a godly person receiving assistance and protection from God with guaranteed security in this world and the Hereafter.

    In: , , ,

    JIHAD! FI SA BI LILLAH..

    Apabila Allah menyuruh para mukminin berjihad membantu sesama saudaranya seperti apa yang menimpa saudara kita di Gaza, seperti yang diperintahkan oleh Allah di dalam Al Quran, maka para muzabzabina, munafikun dan fasikun akan memberi pelbagai alasan seperti tiada apa yang boleh kita lakukan selain daripada pergi hanya untuk mati...

    Ketahuilah bahawa kamu salah dalam berfikiran demikian kerana bagi orang-orang yang beriman tidak ada erti 'kalah' dalam berperang menyelamatkan saudara-sauadara di Palestin yang ada hanya dua perkara iaitu "KEMENANGAN ATAU SYAHID" - ini bukan kami reka atas nafsu kami sendiri, ini apa yang dijanjikan atau apa yang diberitahu oleh Allah kepada Nabimu di dalam Al Quran di dalam ayat-ayat dibawah.

    Maka dalam malu-malu alah sesetengah dari mereka ini akan dengan berat hati pula pura-pura menderma atas dasar kemanusiaan kepada mangsa-mangsa Gaza, sedarlah perbuatan ini juga telah ditempelak oleh Allah, dan ketahuilah samada derma itu dilakukan dengan ikhlas atau tidak, tidak akan diterima oleh Allah..-sekali lagi ini bukan apa yang kami reka tetapi apa yang disebut didalam ayat-ayat di bawah.

    Sebenarnya kamu adalah kaum yang pengecut!

    Sedarlah, wahai muslimin perintah Al Quran itu jelas berdasarkan ayat mahkamat (ayat-ayat jelas) bukan bukan mutasyabihat (berkias)...

    Ketahuilah bahawa perbuatan kamu ini telahpun dijangka (maka oleh itu kami tidak sedikitpun terkejut! kerana kami telahpun membaca al Quran dan peringatannya) seperti apa yang diceritakan oleh Allah di dalam Al Quran dalam surah At Taubah ayat 49 sehingga 57..

    Bacalah Ayat-Ayat di bawah tentang kelakuanmu wahai muzabzabina, wahai munafikun, wahai fasikun:-

    "At Taubah [49]
    Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: "Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.

    At Taubah [50]
    Jika engkau (wahai Muhammad) beroleh sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu", dan mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira.

    At Taubah [51]
    Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

    At Taubah [52]
    Katakanlah: "(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya, atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu".

    At Taubah [53]
    Katakanlah: "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu, (kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik".

    At Taubah [54]
    Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci.

    At Taubah [55]
    Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).

    At Taubah [56]
    Dan mereka (yang munafik itu) bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah suatu kaum yang pengecut.

    At Taubah [57]
    Kalau mereka dapat tempat perlindungan, atau gua-gua, atau lubang-lubang dalam tanah, nescaya mereka segera menuju ke arahnya serta melompat masuk ke dalamnya."

    Kami percaya tulisan ini akan membangkitkan kemarahan kaum-kaum pendusta ini, namun kami tidak juga takut atau terkejut kerana ianya memang telah dijangka seperti apa yang Allah telah sindirkan di dalam ayat ini:-

    "At Tubah: [64]
    Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"

    Dan kami juga menjangkakan bahawa setelah mengetahui akan sindiran Allah ini, maka dengan segera kamu akan berkata:-

    "At Taubah [65]
    Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

    Ingatlah! Allah Az Zawajalla seterusnya berfirman:-

    "At Taubah [66]
    Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.

    At TAubah [67]
    Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

    At Taubah [68]
    Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.

    At Taubah [69]
    (Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi."


    MAKA NANTIKANLAH BALASAN ALLAH KEPADA KAMU.

    SINIS: KALAU SUDAH PENGECUT UNTUK BERJIHAD MEMBANTU SAUDARA-SAUDARA DI GAZA, JANGANLAH PULA MEMPERSENDAKAN PERINTAH ALLAH BAGI YANG MAHU MENGIKUTINYA...

    In: ,

    Zikir Kifarah - RABBANI

    Moga bersama peroleh berkat
    Inilah dia zikir kifarah

    Marilah mari kita berpakat
    Bersatu padu membangun ummah
    Agar hidup kita selamat
    Dari dunia hingga akhirat

    Al-Quran itu jadi panduan
    Sunnah rasulnya jadi ikutan
    Keduanya itu sebagai pegangan
    Semoga kita tak kekesalan

    Setiap perkara ada awalnya
    Tak lupa pada akhirnya
    Hidup di dunia tak berpanjangan
    Akhirat jua yang berkekalan

    In:

    Hadis Qudsi

    Bahawasanya Allah Taala Bermegah
    Dengan hamba-hambanya
    Yang bangun di tengah malam
    Kerana beribadat

    Berfirman Allah di hadapan malaikat
    "Lihatlah hamba-hamba ku itu,
    Mereka telah bangun di tengah malam
    Di waktu tiada seorang pun melihat mereka
    Kecuali aku.

    Wahai malaikat,
    Saksikanlah bahawa aku telah sediakan untuk mereka
    Syurgaku
    Tempat tinggal kehormatanku."

    In: , , ,

    Kembalikan Hak Palestin

    Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakba'.

    Nakba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

    Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

    Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. Antara peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak.

    Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

    Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui Setiausaha Negara Hal Ehwal Luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar sebagai Ominous Declaration (Pengisytiharan Celaka).

    Isu Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

    Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitulmaqdis) diletakkan di bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

    Penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin hingga kini masih belum berakhir. Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, semua cara itu menemui kegagalan dan rakyat Palestin memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

    Dalam usaha untuk membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

    Pengganas Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal di bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa a.s lagi.

    Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin adalah sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

    Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin untuk tempoh empat tahun sahaja sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636M - 1917M).

    Bangsa Yahudi juga suatu ketika dahulu ramai yang telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengannya terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M - kurun ke-20).

    Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948. Namun mereka tidak pernah menyerah kalah malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

    Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis. Ia adalah bumi suci di mana ramai para rasul Alaihissalam dilahirkan dan wafat di sana. Ia adalah medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan kewujudan Masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah SWT dan tanah suci ketiga setelah Mekah dan Madinah.

    Rasulullah SAW bersabda, "Diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitulmaqdis dengan lima ratus solat." (Riwayat at-Tabrani - martabat Hassan)

    Selain itu, Baitulmaqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Mekah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT mengarahkan agar kiblat bertukar arah ke Kaabah di Mekah. Baitulmaqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

    Firman Allah SWT:
    "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran kami." (al-Isra':1)

    Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggambarkan keistimewaan Baitulmaqdis di dalam Islam yang menunjukkan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ia juga menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayangi bumi Palestin ini. Malah ketika Umar al-Khattab r.a menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah wakaf kepada generasi umat Islam akan datang.

    Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini, Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

    Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat.

    Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.

    Artikel ini ditulis oleh Najib Afif Arip seperti mana yang tersiar di Utusan Malaysia.

    In: ,

    APAKAH KAEDAH UNTUK MEMBAIKI GOLONGAN MILITAN?

    Biasanya tuduhan militan itu ditujukan kepada kelompok atau puak yang belum mendapat kuasa. Mereka itu mungkin ada cita-cita untuk menumbangkan kerajaannya. Sekiranya kerajaan tersebut berlaku kasar terhadap mereka dengan menggunakan kuasa polis dan tentera, ini tidak boleh dikatakan militan terutama kalau tujuannya ialah untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara. Tetapi apabila sesuatu kerajaan itu menggunakan kuasa polis dan tentera lebih daripada hadnya atau bertindak kerana tidak suka kepada sesuatu puak atau kelompok walaupun mereka tidak militan, ataupun mereka sengaja dituduh militan supaya boleh ditindak dan ditekan, ini juga tidak boleh dikatakan militan tetapi zalim atau menyalahguna kuasa.

    Militan tidak semestinya salah, jahat atau negatif. Kalau sesuatu puak itu diserang dan dizalimi dan puak tersebut bertindakbalas secara bersenjata untuk mempertahankan diri dan haknya, itu adalah tindakan militan yang dibolehkan.

    Dunia hari ini sibuk memperkatakan tentang militan. Di sesetengah negara, pemimpin-pemimpin mereka sampai pening-pening kepala memikirkan tentang militan ini. Lebih-lebih lagi setelah berlakunya peristiwa 11 September yang lalu, soal militan ini tambah dipandang serius oleh dunia, tidak kira dunia Islam mahupun dunia bukan Islam. Hingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun membincangkannya.

    Yang sebenarnya, bukan hanya isu militan ini sahaja yang dihadapi oleh dunia pada waktu ini. Berbagai-bagai isu lain turut mengancam dunia. Tetapi oleh sebab isu militan ini lebih bahaya dan lebih menakutkan, itu sebab ia diberi lebih perhatian oleh dunia.

    Tambahan pada itu, masalah militan ini membawa satu dimensi baru yang sangat mencabar para pemimpin dunia. Disamping ianya bahaya dan menakutkan, ianya juga rumit dan berat untuk diselesaikan. Kerana para militan ini ialah orang-orang yang berani mati. Orang-orang yang memang hendak mati. Mereka ini rela membunuh diri. Kalau diri sendiri pun sanggup dibunuh, membunuh orang lain senang sahaja.

    Kalau para militan ini tak berani mati, lebih-lebih lagi kalau mereka takut mati, tak apa juga. Banyak perkara boleh diusahakan untuk mencegah kegiatan mereka, untuk menghalang, mengancam dan menakutkan mereka. Tapi kalau matipun mereka sudah tidak takut, apa benda lagi dalam dunia ini yang boleh menakutkan mereka? Bukankah mati itu perkara yang paling dibenci dan ditakuti oleh manusia. Oleh itu para militan ini tidak makan saman. Tidak takut diugut. Tidak takut diancam. Tidak takut dihukum. Tidak takut dibunuh dan tidak makan suap. Dalam ertikata yang lain, mereka ini tidak mudah hendak dibendung. Bagaimana hendak menghadapi manusia yang berani mati ini? Inilah perkara yang merisaukan dan memeningkan kepala para pemimpin dunia.

    Dunia hari ini hendak mengugut manusia dengan undang-undang dan hukuman. Tetapi kalau manusia sudah berani mati, diugut dengan hukuman apapun tidak ada makna apa-apa. Kalau hukuman pun sudah tidak memberi apa-apa makna, apa ertinya undang-undang. Bukankah kekuatan undang-undang itu terletak pada hukumannya.

    Nyatalah bahawa hendak membaiki, mengawal dan membendung manusia termasuk golongan yang militan ini dengan undang-undang dan hukuman sudah tidak berkesan. Kalau begitu, apakah kaedah yang terbaik untuk membaiki golongan militan ini? Mesti ada kaedah. Mesti ada ubat. Mesti ada jalan penyelesaian.

    Jalan ahli fikir dan ahli filasuf yang digunakan selama ini sudah menemui jalan buntu. Ia jelas tidak mampu lagi untuk menangani masalah ini. Malahan bukan sahaja ia tidak mampu, bahkan semakin lama ia semakin memburukkan keadaan dan membuatkan masalah ini bertambah serius dan rumit. Tidak ada jalan lain, melainkan kembali kepada jalan dan cara yang telah ditunjukkan oleh para Rasul.

    Manusia perlu diajak mengenali Tuhan. Bukan sekadar percaya sahaja tetapi mengenali Tuhan. Ramai manusia tidak kira apa bangsa percaya Tuhan itu ada tetapi mereka tidak merasakan begitu. Mereka tidak rasa dan tidak perasan bahawa Tuhan itu ada. Mereka tidak merasakan bahawa Tuhan itu ada peranan dalam hidup mereka. Mereka hanya tahu dan percaya. Manusia sudah tidak pedulikan Tuhan lagi. Mereka rasakan Tuhan sudah tidak relevan lagi dalam hidup mereka. Mereka sudah lupa Tuhan. Mereka sudah kehilangan Tuhan. Hakikatnya, ada atau tidak Tuhan itu, sama sahaja kesannya pada mereka.

    Bila kenal Tuhan barulah jiwa hidup. Barulah hati dapat merasakan Tuhan itu berkuasa, menghidupkan, mematikan, menghukum, memerhati, melihat, menjaga, melindung, memelihara, memberi nikmat, memberi rahmat dan mendatangkan nikmah (bala). Barulah hati dapat merasakan bahawa Tuhanlah yang mewujudkan dunia ini. Tidak ada satu habuk pun yang tidak ada campurtangan Tuhan.

    Kuasa Tuhan, bila Dia kata jadi – maka jadilah. Bila Dia kata hidup – hiduplah. Bila Dia kata mati – matilah. Bila Dia kata sihat – sihatlah. Bila Dia kata sakit – sakitlah. Itulah dia, Tuhan yang mencipta langit dan bumi dan juga manusia. Bila rasa-rasa ini dihayati, manusia akan cinta dan takut kepadaNya.

    Itu baru sedikit sifat-sifat yang ada pada Tuhan. Padahal sifat-sifat kesempurnaan Tuhan itu tidak terhingga banyaknya. Kalau hati-hati manusia sudah begitu sekali dapat merasakan kehebatan Tuhan, baru akan datang rasa cinta dan takut. Hendak buat sekecil-kecil perkara pun, dia akan tanya Tuhan. Inilah ubat pertama dan utama kepada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh manusia. Soal-undang-undang, peraturan dan hukuman jatuh nombor dua.

    Kalau manusia sudah cinta dan takutkan Tuhan, manusia tidak akan berani lagi melakukan perkara-perkara yang negatif dan menyusahkan. Kalau ada Tuhan, orang kafir pun akan jadi baik. Setidak-tidaknya di dunia.Orang yang berani mati yang sudah tidak takut lagi dengan ancaman dunia pun akan berubah bila berhadapan dengan rasa takut dengan Tuhan dan ancaman akhirat. Undang-undang dan peraturan bukan tidak perlu. Itu jalan terakhir. Ia hanya sesuai untuk mengawal manusia yang sudah rosak fitrah mereka dan sudah terlalu jahat hingga tidak terkesan lagi dengan Tuhan.

    Oleh itu, salah sekalilah konsep mendidik dan membaiki manusia hanya dengan undang-undang dan peraturan. Undang-undang dan peraturan manusia sendiri yang buat. Orang yang membuat undang-undang itu pun banyak buat kesalahan. Yang mempunyai kuasa pun jahat. Mana boleh orang jahat mendidik orang lain jadi baik. Mana boleh orang yang sesat jalan menunjukkan jalan yang betul pada orang lain.

    Kalau rujuk dengan Tuhan, Tuhan akan bersama kita. Rakyat dan orang-orang besar, Tuhan yang jadikan. Kalau rakyat takut, orang-orang besar juga akan takut. Akhirnya orang kecil dan orang besar sama-sama takutkan Tuhan. Inilah jalan keselamatan, kedamaian dan keharmonian buat manusia.

    Kalau begitu, dunia hari ini perlu mempromosikan Tuhan. Supaya manusia cinta dan takut padaNya. Inilah formula yang paling berkesan yang boleh menyelesaikan segala masalah manusia dan masyarakat.

    Siapakah pula yang akan mempromosikan Tuhan? Yang akan membawa manusia kepada Tuhan? Tentulah orang Tuhan. Tentulah orang yang kenal Tuhan, yang ada rasa bertuhan dan yang cinta dan takut dengan Tuhan. Kerana manusia ini , sama ada baik atau jahat adalah hasil dari didikan, ilmu dan pimpinan. Manusia tidak akan dapat menghayati sesuatu perkara kecuali melalui pendidikan. Memperbaiki manusia mesti melalui pendidikan.

    Dalam soal pendidikan ini pula, memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia, kalau orang yang mendidik itu tidak ada wibawa, pendidikannya tidak akan efektif dan tidak akan memberi kesan. Orang akan ambil ilmunya tetapi ilmu itu tidak akan dihayati. Orang boleh belajar darinya tapi dia tidak dihormati. Dia tidak dicontohi. Mendidik orang mesti ada wibawa. Pemimpin yang hendak mengajak manusia supaya cinta dan takut dengan Tuhan mesti terlebih dahulu cinta dan takut dengan Tuhan. Dia mesti mempunyai wibawa yang tinggi. Barulah ilmu yang diajarnya boleh dihayati.

    Orang yang hendak memimpin manusia mesti ada wibawa. Dalam ertikata yang lain, dia mesti ada akhlak. Dia mesti bersifat adil, berkasih sayang, pemurah, mengutamakan orang lain, tidak mementingkan diri, tidak memikirkan kroni dan tidak zalim. Kalau ciri-ciri ini tidak ada, dia tidak ada wibawa. Pimpinannya tidak berkesan. Cakapnya tidak didengar orang. Dia tidak dihormati. Orang dengar tapi tak ikut. Pemimpin yang tidak ada wibawa, ajarannya, walaupun baik tidak memberi kesan apa-apa. Kalau mereka memimpin golongan yang militan, lagi-lagilah golongan ini akan dengki, benci dan sakit hati pada mereka. Mereka akan ditolak. Kalau golongan militan sudah rasa begitu, siapa lagi yang akan mendidik dan memperbaiki mereka?

    Dalam dunia ini para pemimpin jangan fikir hendak memperbaiki rakyat sahaja. Jangan fikir masalah militan sahaja. Mereka mesti perbaiki diri. Kadang-kadang sedar atau tidak, pemimpin yang jahatlah yang menyumbang kepada manusia menjadi jahat. Sebab itu kalau rakyat sudah jadi jahat, para pemimpin mesti muhasabah diri masing-masing. Rakyat itu adalah bayangan pemimpin.

    Kalau pemimpin sudah jahat, macam mana hendak didik rakyat. Mana mungkin orang jahat boleh mendidik orang lain jadi baik. Tambahan lagi, siapa pula nanti yang akan mendidik para pemimpin yang jahat ini.

    Manusia, tidak kira apa bangsa, mesti berdoa banyak-banyak kepada Tuhan, supaya Tuhan tunjukkan kita pemimpin yang ada rasa bertuhan, yang cinta dan takut dengan Tuhan, yang ada wibawa, yang orang ramai hormati, bahkan yang para pemimpin pun hormati. Pemimpin seperti inilah sebenarnya yang layak memimpin rakyat dan para pemimpin. Ketika itu barulah masalah dunia akan selesai.

    Seperti apa yang berlaku kepada kaum Yahudi di zaman Nabi Allah Samuel. Mereka ditekan dan dizalimi oleh penguasa Rom. Di kala itu mereka tidak mempunyai seorang pemimpin yang layak dan cukup berwibawa untuk memimpin dan menyelamatkan mereka. Maka pembesar-pembesar kaum Yahudi tersebut bersepakat berjumpa Nabi Samuel dan meminta beliau mendoakan supaya Tuhan menunjukkan seorang pemimpin di kalangan mereka. Nabi Samuel pun mendoakan.

    Tuhan melantik Tholut. Tholut bukan seorang bangsawan. Dia bukan seorang pembesar. Dia bukan seorang pendita atau seorang yang terpelajar. Dia juga tidak kaya. Dia hanya seorang petani yang bertani di hujung kampung yang terpencil dan tidak dikenali orang. Dialah pilihan Tuhan. Ini mengejut dan mengecewakan golongan bangsawan dan pembesar kaum Yahudi tersebut. Mereka sangka Tuhan akan pilih seorang pemimpin di kalangan mereka. Tetapi bagi Tuhan, kriteria seorang pemimpin bukan darjat, bukan status, bukan kekayaan, bukan semata-mata ilmu, bukan pengaruh dan bukan kedudukan. Tholut dipilih kerana dia seorang yang bertaqwa, yang kenal Tuhan dan yang cinta dan takut dengan Tuhan. Dia berwibawa dan berakhlak tinggi. Dia mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat kepimpinan yang tidak ada di kalangan para pembesar dan para bangsawan kaum Yahudi berkenaan.

    In:

    Kerana Cinta

    cinta itu cahaya sanubari
    kurniaan Tuhan fitrah insani
    dan di mana terciptanya cinta
    di situ rindu bermula

    cinta itu tak pernah meminta
    tetapi memberi sepenuh rela
    rasa bahagia biarpun sengsara
    berkorban segala-gala

    semua kerana cinta
    yang pahit manis di rasa
    menghibur nestapa
    merawat duka
    damai di jiwa
    terpadamlah api benci permusuhan
    terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
    yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

    dan jangan kita pula
    kerana bercinta kita pun leka entah ke mana
    dan jangan pula kerana bercinta
    tergadai semua maruah agama

    cinta yang sejati
    hanya cintakan illahi
    cinta ayah bonda
    tulus suci selamanya
    cintakan saudara

    hanya sementara
    serta sesama insan
    suburkan dengan ketakwaan..

    Search This Blog