right_side

Labels

Bookmark and Share

  • Mod by : Gheragas
  • In: , ,

    Apa yg boleh saya lakukan???

    Assalamualaikum..

    resolusi bg facebook telah terhasil..

    setelah berminggu berusaha, akhirnya pada hari ini saya telah berjaya melancarkan portal seperti facebook..nah, mystudents ialah penyelesaian bg kita semua..tidak bersifat keuntungan, lebih2 lagi tidak ada dana yg disalurkan untuk menghentam rakyat palestin..semoga dgn usaha murni ini, anda semua dapat berkawan, mencari kwn lama dan baru di website tersebut..gunalah sebaik mungkin..

    In: ,

    Facebook lagi..

    Assalamulaikum sidang pembaca...Ada hal sikit mo bgtau ni...Sewaktu saya menjelajah blog, membalas kunjungan dari pengunjung. Tiba2 mata saya terlihat link blogger2 dakwah didalam ruangan chat. Dengan rasa ingin tahu, saya klik ke blog dorg.Puas rasa, syukur Allhamdulillah..Rupanya madah perjuangan berunsur dakwah islam banyak didalam blogger.com ini.

    Saya tertarik dgn artikel facebook-haram-v1 yang 50/50 mengenai facebook. Tetapi apabila membaca di pertengahan artikel mereka mereka menyebut, "iyala, facebook dpt wang dr klik iklan. tdk perlu klik iklan, hanya perlu klik ke laman kwn dan megeratkan ukhwah dan mencari kwn2 lama". Jelas jiwa remaja tlh memesongkan fikiranmu kwn..maklumlah munkin penulis masih berada di sekolah menengah.tapi apabila dlihat dsatu sudut? kwn lama?? berapa ramai yg menggunakannya utk mencari kwn baru (lelaki mencari ppuan dan sebaliknya)??? lawak bukan???

    saya sendiri pernah menggunakn facebook 2thn yg lepas,kbykn kwn yg saya dapat ialah kwn baru, org yg tdk saya kenal pun minta approval untuk jd kwn..jelas, motifnya mencari kwn baru dan juga kwn lama...siapa setuju? tapi saya tlh lama meninggalkn arena facebook apabila melihat facebook semakin byk dpromo melalui filem2 yahudi (yg menerajui industri filem komedi berbaur emenent seks dan lucah di amerika) salah satu filem tersebut ialah "superhero movie", jika anda pernah menonton filem tersebut anda akn faham...

    byk lagi kn movie genre mcm tu?? rata2 dr syarikat produksi dan kadang kala pelakon yg sama..kita semua tahu, (bagi yg tahu yg hollywood dan walt disney adalah agen propaganda yahudi..antara propagandanya ialah menggalakkan ideologi maksiat dan fesyen..lihatlah, hasilnya anak2 muda kita terpengaruh dgn siapa? pakaian sendat, berpelukan di khalayak, malah ada yg berani bercium di khalayak..siapa mereka? china, india tapi lebih2 lg ramai ank2 melayu yg terikut2..

    sekiranya fikiran sahabat itu dicelup kepada pemakaian remaja, hasilnya adalah serupa.. mereka pasti ckp mcm ni, "bkn slh pun buka tudung, pakai sendat...bkn niat mo menggoda sesiapa, bkn niat mencari dosa..just rimasla, lgpun apa salahnya menggunakn kecantikan kurniaan tuhan sebaiknya..klu tdk diguna ertinya tdk bersyukur, nnti jd kufur..apa guna ada, sekiranya org lain tdk npk.." itulah fikiran jiwa dan ank muda zaman sekarang... dah la, off topik ni jadinya...

    berbalik kepada topik...

    Al-Islam mungkin majalah murahan, tetapi siapakah kau utk menghina majalah yg sekian lama menyajikan buah fikiran dan info berkaitan islam? dan untuk pengtahuanmu kwn, laman2 besar sperti facebook,youtube dan organisasi besar sprti blooger, goolge dan yahoo tdk memerlukan banner iklan untuk memungut lambakan wang dari internet. Iklan hanyalah satu langkah untuk mengaut keuntungan lebih dan berganda! Fahamilah lebih byk konsep internet wahai kwnku! barulah berkata2..

    sebenarnya, setiap klik ke laman mereka akan menjana traffik, dari traffic mereka akan dapat mengenal pasti jumlah pelawat dan halaman yg dibuka! ini dapat dijadikan bukti untuk mereka 'claim' wang daripada wallstreet! (dan cerita wallstreet lain lagi lai...sampai harga dolar diputarbelit merosakkan nilai matawang dunia...but that is just another story) Jika tdk mengapa google berlumba2 dgn yahoo dan enjin carian yg lain utk mmonopoli rangkaian carian web? fahami di sini, semakin popular sebuah website itu, semakin ramai pelabur yg berani melabur ke dalam syarikat website itu! faham??? tdk perlu klik iklan pun mereka boleh jadi jutawan!

    mengapa letak nuff d blog anda? mengapa letak ads? mereka cuma klik shj, bkn beli punnnnn...mcmn just klik bkn beli dpt duit??? rahsianya, klik akn menjana trafik la...pesal bengap...(maafkn saya terkasar bahasa, maklumlah saya bknnya pendakwah. saya cuma seorg insan biasa yg tahu berfikir)

    Faham??? mereka dpt duit dari pelaburan yg berasaskan jumlah traffic..tu la pasal ada script untuk traffik.. semakin ramai pengguna traffik semakin besar la syarikat tu dan semakin bnyk la duit mereka.. yahoo dan goolge adalah pesaing rapat dalam web traffiking ni! apa tdknya, bygkanla daripada hanya terdiri daripada beberapa org pekerja sehingga menjadi syarikat besar dalam sekelip mata! that huge volume of money in instance! thats the real big deal for huge website!

    tidak pelik? mengapa blogger dan wordpress memberi servis percuma? tapi mereka masih bertahan? malah menjadi syarikat gergasi? pernah terfikir mengapa berlambak servis percuma d dunia siber? mcm2 uploader ada, gambar, video dan files semua ada..mengapa dorg baik hati sgt? jika dfaham btl2, keuntungan mereka dijana oleh traffic la...setiap link yg d klik akan menjana traffikkkkkkk...saya sendiri ada website, tapi tdk dpt bertahan kerana jumlah traffik yg kecil dan saya sibuk dgn dunia realiti..

    malasla mo cita pjg2 psl trafik segala ni! korg xkn paham jg..perkara ni subjektif kpd setiap individu, kerana pendedahan, pengetahuan dan pengalamn kita berlainan..jika kita baca buah nukilan masyarakat liberalisme lain huraiannya, konservatif sprti saya lain pula hujahnya...lihatlah, amat mustahil islam dapat dikukuhkan lagi kerana ideologi dan pemikiran kita berbeza...serupa dgn parti politik di malaysia, islam PAS dan islam BN..kita juga ada liberal dan konservatif...

    walau apa pun, kita bersatu d bawah naungan dakwah (saya lebih kepada kritikan dan info)..teruskan perjuangan anda dan yg lebih penting, letakkanlah apa yg kau rs bkn dtempatnya kerana jika kau tdk melakukannya, kau adalah zalim...Salam ukhuwah buat semua dan salam maal hijrah

    Salam...

    In:

    Kembalilah!

    Assalamulaikum semua..yg tersesat ataupun yg terklik kesini...anda sungguh bertuah kerana telah ditakdirkan membaca tulisan ini..Topik hari ini bkn sprti topik2 yg selalu anda dgr ataupun terbaca..sedarkah anda masyarakat islam khususnya melayu tdk seharusnya mementingkan diri sendiri?? Jelas, semakin kita hanyut didalam dunia yang dipropaganda oleh barat, kita semakin luntur adat ketimuran dan akhlak sebagai umat islam..

    Ada diantara anak muda kita yang terlalu bebas, pakai apa yang dia suka, berjalan, bersosial tanpa halangan! Tidak hairanlah jika kes kelahiran luar nikah memuncak lebih2 lagi dkalangan remaja dan juga pelajar ipt. namun, itu cuma kes yang berdaftar! bg kes yang disembunyikan? pengguguran kandungan dan perkahwinan slps terlanjur? nilai kes anak luar nikah mungkin lebih 2x ganda dari apa yg dilaporkan oleh jabatan pendaftaran...Tidakkah ini akan memberi impak yang buruk bg masyarakt dan juga agama? ( anda mungkin terfikir, mengapa penulis sungguh emosional? biarlah mereka dan keluarga mereka..) Inilah yang hendak dibangkitkan oleh saya pada petang yg redup dan dingin ini...kita, tdk lg peduli ttg persekitaran dan juga org lain...tuan2 dan puan2, kita perlu ada perasan mengambil tahu dan mengambil berat ttg persekitaran kita..jgn dulu disebut mengenai maksiat,samseng jalanan dan sebagainya : untuk kita berfikir mengenai alam sekitar yang dah tercemar ini pun sgt pyh! kerana sikap individualistik dan ego kita sebagai manusia terlalu tebal..

    Ada diantara kita, buang sampah merata2, pembakaran terbuka d sana sini, mmotong barisan dan juga! menggodolkan bukit bukau sesuka hati...semua ini adalah sikap individualistik kita yg akhirnya akan menghancurkan diri dan juga org lain...padahnya, pemanasan global dan pelbagai bentuk pencamaran..tidakkah kita termasuk kedalam golongan org yg zalim? membiarkan apa sahaja kemungkaran dan kejahatan berlaku disana sini adalah dikira subahat tuan2...ank2 palestin menjadi korban peluru zeonist, tapi apa yg kita buat utk mghalangnya?? adakah kita buta?? sehingga tdk dpt menilai yang baik dan yang buruk?? yang haram dan yang halal?? buangkan egomu wahai rakan blogger dan pembaca...

    Dunia ini milik kita bersama, negara ini milik kita bersama, islam juga adalah milik kita bersama...jika muslimin dan muslimah tdk memperjuangkan agamanya siapa lagi?? perjuangan disini tdk menagih darah dan bukannya bermaksud peperangan...tetapi perjuagan kita sebagai umat islam di zaman moden ini adalah untuk berjihad fi sa bi lillah untuk menegakkan dan meneguhkan agama! Liberalisasi hanya akan memberikan kebebasan kepada kita untuk mengikut nafsu...Jihad yg sgt berat ialah jihad melawan nafsu dan keinginan...Lihatlah disana sini, bagaimana pakaian ank muda melayu??islam seakan2 dipinggirkan...pakaian ketat tapi bertudung?? tanpa lengan tetapi bertudung? itu bukanlah pemakaian yg dituntut syarak...

    Islam itu adalah syumul dan lengkap, mengapa kita hanya mengambil sedikit sahaja daripada apa yg dianjurkn?? cukupkah sekadar mengenakan tudung bila anggota lain terdedah?? aurat bg perempuan bukannya rambut dan anggota sahaja, tetapi termasuk juga susuk tubuh badan...walaupun niat bukan untuk menggoda tetapi hakikatnya mereka menaikkan nafsu dan juga merendahkan martabat sebagai pemudi islam...Namun sehingga sekarang langsung tiada fatwa yg khusus mengenai pemakaian muslimah oleh kerajaan...kita? lebih suka mencuci mata melihat daripada memberi nasihat...bukan niat hendak mngata, tetapi sudah nyata..

    bagi muslimin, amat menyedhkan kerana kita terlalu leka dgn nafsu yg 1..seorg lelaki, boleh merosakkan ramai perempuan jika tidak dikawal! dimana silapnya didikan islam di negara ini??  adakah ia bermula dari rumah ataupun sistem negara yg lebih pro kepada sekularisme barat? Lihatlah berapa byk hiburan barat yg disadur kedalam negara kita? apabila kita "on" tv, hampir 80% siaran adalah hiburan..20% dikongsi dgn berita, iklan ,pelajaran dan agama...raja pop MJ dan Yasmin Ahmad meniggal dunia digembar gemburkan! tetapi malangnya pembunuhan etnik uighur bramai2 yg rata2 mnganut islam oleh etnik Han di Urumqi (Xinjiang) China langsung tdk dihebahkan media...Begitu juga dgn pembunuhan Dr. Marwa al-Sherbini, seorg wanita berketurunan arab yg sarat mengandung di dalam mahkamah..wanita malang itu telah dituduh sbagai "terrorist" hanya kerana tdk pernah membuka hijab!! Siapa yg tahu??Semoga Allah mencucuri roh mereka yang teraniaya..itulah polemik dunia propaganda barat yg dtunjangi yahudi berfahaman zeonist..dan kita sbg umat islam masih tdk tahu berbuat apa2..

    Adakah kita semakin jauh dari agama atau kita sendiri yg menjuahkn diri dari agama??? fikirkan lah...sejauh mana kita gunakan kehidupan ini untuk agama? adakah seperti yang dianjurkan iaitu 50/50? islam bukan hanya terletak kepada mendisplinkan diri dan solat, tetapi islam juga adalah mengenai kemanusian dan persaudaraan...keamanan dan juga keselamatan sejagat!

    "Melayu Mudah Lupa!"Dr.M mmg pemikir yang sangat licik dan hebat..Saya amat mengagumi beliau kerana dia hebat menyuarakan kritikan terhadap israel dan amerika sewaktu beliau memerintah MALAYSIA..Evryone knows abt him and no one going to dispute that..kerana dia, masyarakat barat mengagumi malaysia dan belajar sedikit sbnyk melalui kita..Tetapi lihatlah masyarakat kita sekarang? mmg sukar dibezakan mana melayu,cina dan india kerana pakaian kita tiada bezanya lg..masyarakat melayu telah kehilangan 1 karakter utama yang membezakan kita dgn bangsa lain..Jelas, kita telah kehilangan budaya,maruah,budi bicara,adat, juga akhlak dan aklhak sebagai umat islam dan juga bangsa melayu...kembalilah...buangkan egomu! bg rakan2 blogger dan pembaca sekalian, jgnlah leka dgn kehidupan dunia sehingga kita lupa kehidupan akhirat..saya sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan jg anda..bersama2lah kita mngambil yg baik, semoga kita dpt menjadikannya iktibar dan peringatan...Assalamualaikum (^_^) Peace to the world!!

    Search This Blog