Mujahid yang 'sial'?
Daripada Abu Musa al-Asy’ari radhiallahu anhu bahawasanya seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah saw. lalu bertanya : “Ya Rasulullah, ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan supaya-sebut namanya, da nada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya.” Dan dalam riwayat lain “Ada seseorang yang berperang untuk menunjukkan keberaniannya, dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya ( kerana ada diantara keluarganya yang telah terbunuh dalam peperangan yang lalu)” . Dan dalam riwayat yang lain ada pula disebutkan: “Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya, maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?”. Rasulullah saw. menjawab : “sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah swt. (Agama Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah”.(HR. Bukhari dan Muslim)
Keterangan
Allah swt. Menghendaki supaya para mujahid mengikhlaskan niat mereka semata-mata kerana Allah swt., tidak dicampuri dengan tujuan-tujuan lain. Allah swt. hanya menerima pengorbanan yang dibuat semata-mata mengharapkan keredhaanNya dan tidak mahu menerima pengorbanan yang dicampur dengan tujuan-tujuan lain walaupun hanya sedikit.
Sumber : Empat Puluh Hadis Penawar Hati ~ Abu Ali Al Banjari An Nadwi
*cuba kita renungkan kisah Ali ra. Ketika di dalam suatu peperangan. Ketika beliau menentang musuh dan dia Berjaya menjatuhkan musuh tersebut, tetapi tiba-tiba musuh tersebut telah meludah kearah Ali ra., maka Ali ra. Pun tidak jadi membunuh musuhnya tersebut kerana beliau takut andainya dia bunuh kerana marahnya kepada musuh tersebut yang meludah kearahnya. Kerana perbuatan Ali ra. Tersebut musuh tadi telah memeluk Islam. Cuba kita renungkan sahabat begitu ikhlas kerana Allah, mereka tidak mahu membunuh walaupun dalam peperangan menentang musuh hanya kerana takut tidak ikhlas kerana Allah. Kita cuba renung diri kita, andai kita ditindas oleh musuh, dibuat macam-macam dan kita berjuang dalam panji-panji agama tetapi kerana rasa marah dalam diri dengan musuh tadi yang telah menindas. Maka perjuangan akan menjadi sia-sia belaka. Jadi lah seperti tajuk yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zam zam iaitu mujahid yang sial.
Ikhlaskanlah Dirimu Kerana Allah swt.,
Janganlah Melakukan Kerana Kepentingan Dirimu Wahai Mujahid…
Walaupun Dirimu Menerima Penindasan Yang Sebegitu Teruk…
Tetapi Ikhlaskanlah Diri Kerana Allah swt….
Janganlah Kemarahanmu Mengatasi Ikhlasmu…
This entry was posted on 9/28/2011
and is filed under
Info
,
Islam
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Posted on
-
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment