right_side

Labels

Bookmark and Share

  • Mod by : Gheragas
  • In:

    Hari Pengakhiran

    Salam semua..hari ini saya ingin berkongsi teori hari kiamat yang dipetik dari KOSMO! :

    Oleh ADHAM SHADAN

    RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.

    AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.

    GAMBARAN bencana besar di bumi yang dipaparkan dalam filem 2012

    ZAMRI menunjukkan satu gambar permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan komet.

    PERBUATAN manusia menjadi salah satu punca berlakunya bencana alam. – Gambar hiasan. (KANAN) Hampir setiap hari, ada asteroid yang cuba menghampiri bumi.

    Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?

    RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

    Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

    Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

    Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

    Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

    Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

    Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

    Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

    Hentaman objek

    "Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

    "Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

    "Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

    Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

    "Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

    "Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

    Perlanggaran galaksi

    Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

    "Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

    Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

    Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.

    "Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

    Fenomena alam berangkai

    Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

    "Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

    Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

    "Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

    Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

    "Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

    Terma Kosmofobia

    Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

    "Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

    "Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.

    Kiamat dari perspektif agama

    Walaupun sifat sebenar hari kiamat tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan yang juga disebut sebagai as-Sa’ah.

    TIDAK ada sesiapa boleh menyangkal bahawa kepercayaan kepada hari kiamat turut didasari dengan unsur keagamaan. Justeru, kupasan berdasarkan perspektif agama adalah perlu untuk mengelakkan tersasar pemahaman.

    Bagi sesetengah agama yang menyeru umatnya mengimaninya, hari kiamat merujuk kepada hari berakhirnya dunia dan bermulanya alam akhirat.

    Berdasarkan Islam, hari kiamat adalah hari semua manusia dibangkitkan selepas kematian dan segala amalan ketika di dunia dihitung. Bagi mereka yang berbuat baik dan beramal soleh diberikan ganjaran syurga dan bagi mereka yang ingkar dibalas neraka.

    Menurut Ketua Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Abu Zaki Ismail, sebelum manusia dibangkitkan seluruh alam dan isinya akan dibinasakan.

    "Sehingga pada saat itu, disebutkan dalam al-Quran, hanya Allah sahaja yang hidup, malaikat-malaikat turut dimatikan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

    Tambahnya, hanya Allah yang tahu bila ia akan berlaku. Turut disebutkan di dalam al-Quran bahawa hari itu tidak akan datang melainkan secara tiba-tiba.

    "Justeru, kalau ada orang yang meramal, ramalan itu pasti tidak benar," ujarnya sambil memberitahu hari kiamat disebut sebagai yaumul qiyamah dalam bahasa Arab.

    Walaupun sifat sebenar hari itu tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan atau juga disebut sebagai as-Sa'ah.

    "Misalnya disebutkan langit runtuh dalam surah al-Infitor, langit terbelah dalam surah al-Insyiqaq, langit digulung dalam surah al-Anbia', bumi bergegar dalam surah al-Zalzalah dan sebagainya," tambahnya.

    Katanya, walaupun Allah berfirman 'la ta'tiikum illaa baghtah' (Tidaklah ia datang melainkan secara tiba-tiba), namun Islam turut menggariskan beberapa tanda sebelum kedatangannya.

    Antara tanda-tanda kecil adalah zina bermaharajalela, ramai orang soleh meninggal dunia, negara Arab berpadang rumput, banyak saksi palsu dan lain-lain. Antara tanda-tanda besar pula adalah matahari terbit di sebelah barat, lahirnya Dajal dan turunnya Nabi Isa.

    Abu Zaki menjelaskan, antara tanda-tanda lain kiamat semakin tiba juga adalah berlakunya banyak bencana alam.

    "Diriwayatkan dalam satu hadis, sebelum tibanya hari kiamat, berlaku banyak bencana sehinggakan manusia yang hidup apabila melalui tepi kubur berharap agar mereka (manusia yang hidup itu) yang berada di dalam kubur tersebut. Mereka bukan berkata demikian kerana hendak mati tetapi berkata begitu kerana tidak tahan untuk terus hidup," ujarnya.

    Berhubung ramalan yang digembar-gemburkan, Abu Zaki berkata, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk difikirkan.

    "Apa yang penting ialah kita berusaha melengkapkan amal dan bersedia menghadapinya. Walaupun kita tidak tahu bila ia akan berlaku, tetapi ia tetap akan berlaku," ujarnya mengakhiri perbualan.

    Hari kiamat turut ada dalam kepercayaan Kristian dan ia lazim disebut The Last Judgement, Final Judgement atau Day of Lord.

    Sementara itu, menurut penasihat Malaysia Hindu Sangam, Datuk A. Vaithilingam, berdasarkan perhitungan Hindu, dunia kini sedang berada dalam fasa terakhir kitaran iaitu kali yuga.

    Menurutnya, dunia telah melalui fasa pertama, kiru thayuga; fasa kedua, thiretha yuga; fasa ketiga, thuvabara yuga dan kini melalui fasa terakhir iaitu kali yuga.

    "Tetapi, kali yuga merangkumi tempoh 432,000 tahun dan tahun ini, baru 5,111 tahun kali yuga. Ada beratus ribu tahun lagi untuk ia berakhir," kata Vaithilingam.

    Bagaimanapun, Vaithilingam berkata, menurut ajaran Hindu, dunia ini tidak akan musnah terus sebaliknya akan melalui satu kitaran baru.

    "Dalam agama Hindu, kemusnahan dunia 100 peratus atau secara sekali gus tidak mungkin berlaku. Dalam dunia ini, ada orang yang baik dan kami percaya Tuhan tidak akan membuat kemusnahan begitu.

    "Selepas tamat tempoh kali yuga, kitaran lengkap akan berakhir dan dunia akan berubah kepada bentuk yang lain yang hanya diketahui Tuhan," katanya.

    Vaithilingam menggesa orang ramai agar tidak berasa takut dengan ramalan-ramalan bila berlakunya kemusnahan dunia.

    "Manusia tidak perlu bimbang dengan ramalan-ramalan ini. Mereka harus fokus dalam menjalani kehidupan harian tanpa berasa takut," katanya.

    Dipetik daripada arkib Kosmo!

    In: ,

    Beberapa Larangan Rasulullah S.a.w

    Salam semua...Hadis untuk hari ini ialah:

    Beberapa Larangan Rasulullah S.a.w

    Dari al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya.”
    (Bukhari)


    Huraian:-


    Dosa-dosa besar adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan orang-orang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa mereka. Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam. Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibah-musibah yang datang menimpa tidak pernah berkesudahan. Sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil dorongan hawa nafsu. Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa. Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang lain. Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga. Itulah antara sebab-sebab yang mengundang kecelakaan. Oleh itu sebagai hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi.

    In: ,

    Larangan kahwini penzina...

    Salam semua..hari ini, saya ada sesuatu ingin berkongsi dengan anda...dipetik dari soal jawab agama Harian Metro:

    “LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.” (al-Nur: 3)

    Dari ayat di atas saya ingin bertanyakan beberapa soalan:

    a. Adakah wajib bagi saya mengahwini perempuan yang pernah sama-sama terlanjur?

    b. Jika perempuan itu sudah berubah hati, adakah perlu bagi saya untuk bertanggungjawab ke atas dirinya?

    c. Saya amat menyesali perbuatan lepas bersama perempuan berkenaan, bahkan saya menasihatinya supaya kembali kepada saya dan segera merancang untuk berkahwin memandangkan saya masih ada hati padanya.

    Malangnya niat baik saya dipersendakan. Rakan saya pernah menasihati saya supaya reda dengan takdir dan jodoh.

    Persoalan saya, bolehkah ustazah terangkan apakah maksud jodoh dan takdir sebagai lelaki, apakah yang saya perlu lakukan sedangkan hati saya tidak tenang dalam melakukan taubat.

    PEMUDA
    Shah Alam

    Ayat ini adalah daripada surah An-Nur yang diturunkan di Madinah iaitu tempoh Nabi Muhammad SAW berusaha membentuk masyarakat Islam.

    Untuk membentuknya anggota masyarakat mestilah terdiri daripada mereka yang kuat peribadi dan ada harga diri.

    Sahabat diseru mencari wanita yang baik untuk dikahwini dan dilarang keras bagi orang beriman berkahwin dengan penzina.

    Merujuk pada persoalan tuan, jika tuan sudah terlanjur dengan seorang wanita, maka tuanlah orang paling layak untuk mengahwininya.

    Jika pasangan tuan yang sama-sama terlanjur berubah hati dan mahu memilih orang lain, dia boleh berbuat demikian kerana tiada ikatan atau hubungan sah yang mengikat tuan dengan dia.

    Apa yang terbaik dilakukan sekarang ialah bertaubat pada Allah atas keterlanjuran dan dosa yang dilakukan kerana berzina, termasuk dosa besar.

    Bila manusia melakukan dosa dan kesilapan hanya ada satu pintu padanya untuk kembali tenang iaitu pintu taubat.

    Reda dengan ketentuan bahawa wanita itu bukan jodoh tuan jika dia menolak dan yakin akan ada yang lebih baik.

    Yang penting sekarang ialah membetulkan diri anda kerana Allah juga berfirman dalam surah sama pada ayat seterusnya iaitu ayat 26 yang maksudnya wanita yang tidak baik hanya sesuai pada lelaki yang tidak baik dan begitulah sebaliknya.

    Wanita yang baik hanya sesuai untuk lelaki baik dan sebaliknya. Oleh itu baikkanlah diri untuk mendapat yang terbaik.

    Moga tulisan ini dapat menjadi panduan kita bersama...
    Amin...

    In:

    Aksi terlampau dekat masjid!

    Menyakitkan mata! Itulah yang dapat digambarkan terhadap tingkah laku biadab segelintir remaja yang beraksi mesra tanpa segan silu di sekitar Taman Menara Berkembar Petronas (KLCC) terutama pada hujung minggu.

    Malah, kawasan rekreasi Taman KLCC yang terkenal di kalangan pengunjung sebagai lokasi bersantai bersama keluarga dan menikmati pemandangan indah menara KLCC kini tercemar dengan kegiatan ‘terlampau’ segelintir remaja.

    TAK MALU… gelagat pasangan remaja di Taman KLCC.

    Tinjauan Harian Metro mendapati segelintir remaja tempatan dan orang asing yang dipercayai warga Indonesia menjadikan kawasan rehat di sekitar taman itu sebagai tempat memadu kasih tanpa menghiraukan orang sekeliling yang beriadah.

    Pengunjung, Sofleyna Mohd Saleh, 32, berkata perbuatan kurang sopan di kalangan muda mudi yang tanpa segan silu ‘menunjukkan kasih sayang dan rindu dendam’ di khalayak umum begitu memalukan serta menjelekkan mata memandang.

    “Lebih menyedihkan kerana kebanyakan remaja yang melakukan perbuatan ini bertudung dan tanpa rasa bersalah berpelukan serta bercumbuan dengan pasangan masing-masing.

    “Sudahlah lokasi ‘aktiviti’ mereka ini berdekatan masjid, mereka langsung tidak rasa bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh. Setidak-tidaknya mereka perlu menghormati rumah ibadat tambahan pula ramai di kalangan pengunjung membawa bersama anak-anak kecil,” katanya.

    Katanya, individu yang melakukan perbuatan kurang sopan di tempat awam seharusnya dikenakan tindakan sewajarnya kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan perbuatan sama, khususnya remaja yang gemar mencuba sesuatu yang baru.

    Bagi Zainan Samingan, 41, perbuatan segelintir remaja Melayu beragama Islam melakukan aksi mesra di khalayak umum seakan menjadi kebiasaan (trend) masa kini dan tidak menolak terdapat jurang yang ketara antara remaja dulu dan sekarang.

    “Nilai sebagai seorang Islam sudah jauh dipinggirkan dan ditolak tepi semata-mata memenuhi tuntutan nafsu. Perkara ini harus dibendung kerana jika terus dibiarkan dikhuatiri bakal meruntuhkan akhlak remaja dan nilai jati diri lebih-lebih lagi yang beragama Islam,” katanya.  -Metro

    In:

    Kambing berkepala manusia?

    Seorang doktor haiwan di sebuah kampung di Turki, Erhan Elibol terkejut selepas dia mendapati terdapat seekor anak biri-biri memiliki wajah seperti manusia, lapor beberapa buah akhbar semalam.

    Anak biri-biri itu dikeluarkan menerusi pembedahan daripada ibunya.

    Anak biri-biri itu yang mempunyai mata, hidung dan bibir seperti manusia.

    “Saya pernah melihat anak lembu dan biri-biri yang dilahirkan dengan mempunyai tubuh yang pelik akibat proses mutasi seperti yang bermata satu, berkepala dua atau berkaki lima.

    “Namun, apabila melihat anak biri-biri itu memiliki mata, hidung dan mulut seperti manusia, saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat,” kata doktor veterinar berusia 29 tahun itu.

    Ramai pakar haiwan menganggap anak biri-biri yang mempunyai wajah mirip manusia itu berlaku kerana ibunya kekurangan zat vitamin A.

    Menurut doktor itu, ibu biri-biri itu tidak dapat melahirkan anaknya itu secara normal menyebabkan pembedahan tersebut dilakukan.

    Pada September tahun lalu, seekor anak kambing dilahirkan dengan mukanya mirip manusia dan hidup beberapa jam sebelum dibunuh dan dibakar oleh penduduk di sebuah kampung di Zimbabwe.

    Gabenor di wilayah tempat anak kambing itu dilahirkan di Zimbabwe menyatakan kejadian tersebut berlaku akibat hubungan seks antara seorang lelaki dengan seekor kambing betina. – Agensi [Sumber: Kosmo]

    In: ,

    Rukun Syahadah...

    Salam semua...moga kehidupan kita sentiasa beroleh rahmat dari Illahi..


    Hari ni, kita fokus santai kepada rukun syahadah..Seperti yang kita tahu (mungkin ada yang tidak tahu), rukun syahadah ada 4...


    1.Ikrar

    >>>Ikrar tentang keesaan Allah S.W.T. dan nabi Muhammad S.A.W. itu adalah utusan-Nya.


    2.Iktikad

    >>>Mempercayai \ menyakini bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang berhak disembah dan nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya.


    3.Iktiraf

    >>>Mengakui tentang keesaan \ kebesaran Allah dengan mengakui kebenaran dan kerasulan nabi Muhammah S.A.W..


    Akhir sekali...


    4.Amalan

    >>>Beramal dengan bersungguh2 sebagai memenuhi tuntutan syahadah tanpa ragu2, jemu, dan amalan hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah S.W.T..



    Setiap ilmu perlu dikongsi...

    Salam....

    In: ,

    Perkara-perkara yang membatalkan SYAHADAH...

    Salam...hari ini topik lain sikit k...mood santai sikit...

    Ok, mugkin semua dah tau tentang perkara2 yang membatalkan syahadah/iman..topik hari ni cuma ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca..manalah tau kot2 terlupa...

    Perkara2 yang membatalkan syahadah ialah...

    1. Mensyirikkan Allah..
              ***ni mcm dah kolot, tapi jgn hairan jika masih ada yang mengamalkannya...lebih2 lagi di zaman moden ni, kita tidak sedar yang ke'fanatik'an kita atau keterujaan kita menjurus kepada benda ni...contoh?? lihatlah di sekeliling kita...ada yang menganggap tokoh2 pemimpin dan doktor2 perubatan sama seperti tuhan..meninggikan mereka, memuji2 kehebatan mereka...tetapi ingatlah,mereka tidak boleh memberi mudarat atau kebaikan kepada kita tanpa izin daripada Allah..

    2.Mengingkari dan mempersendakan hukum2 Allah..
              ***yang ni, no komen...salah satu contoh, hukum hudud adalah hukum Allah..tetapi kita ingkar/enggan melaksanakannya..begitu juga dengan ibadat solat..ibadat solat adalah hukum Allah yang wajib ditunaikan..tetapi, ramai anak muda kita memandang remeh hal2 berhubung dengan solat...

    3.Mempercayai ada kuasa selain daripada Allah...

    4.Menolak al-Quran dan hadis samada sedikit atau kesemua sekali..

    5.Mengingkari kerasulan nabi Muhammad S.A.W..

    6.MengHALALkan apa yang HARAM dan menHARAMkan apa yang HALAL..
              ***kes ni berada dimana2..dimana2 kita dapat lihat lelaki dan wanita mendedahkan aurat..Ada pihak yang melarang lelaki untuk berpoligami..sedangkan ia dianjurkan dalam islam..

    7.Benci atau menentang perkara2 yang terkandung didalam syariah Islam...

    8.Biadap terhadap junjungan Rasulullah S.A.W
              ***contohnya mempertikaikan 9 perkahwinan rasulullah dan sebagainya..

    9.Memberi sokongan dalam menentang Islam...
              ***hal ni yang paling licik...tanpa kita sedari, setiap perbuatan/pembelian kita boleh disalurkan kepada dana2 yang menjurus kepada peperangan menentang pejuang Islam yang mempertahankan bumi sendiri ( anda boleh fikirkan sediri maksud saya sekiranya anda mengikuti blog ini dari mula )...

    Jadi, fikir2kan dan teliti setiap perbuatan kita dalam kehidupan seharian..manalah tau ada bersangkut paut dengan salah satu perkara2 di atas..yang baik, kita jadikan iktibar...yang buruk, bersamalah kita tinggalkan dan minta dijauhkan..

    Salam...

    In:

    Rakyat palestin di bedil lagi...

    Salam...ada tengok paper baru2 ni?? 2 rakyat palestin di bom oleh tentera israel..Sampai bila rakyat palestin menjadi sasaran rejim zeonist??? Di manakah suara kita untuk mempertahankan saudara kita di seberang sana??? sampai bila kita harus berdiam diri...dalam semua pemimpin Malaysia, hanya tun mahathir sahaja yang lantang dan berani mencabar Israel dan sekutunya Amerika...

    Rakyat palestin juga adalah manusia, berhak untuk hidup bahagia dan tinggal dinegara mereka...Suatu hari nanti, tidak mustahil perbuatan zeonis ini membakar niat anak2 palestin untuk menuntut hak dan membalas dendam...Ibu-bapa,saudara-mara,adik-beradik semuanya tidak terkecuali oleh bedilan tentera zeonis..tidakkah mereka berhak untuk hidup???

    Jika di imbas, perkara yang sama pernah berlaku sebelum ini..ingatkah anda tentang hitler?? membunuh kaum hebrew (penganut yahudi) di eropah tidak lama dahulu??? Pernahkah anda melihat "Conspiracy?" didalam History Channel (ASTRO)?

    Didalam 2episod yang berlainan, iaitu episod mengenai '40ways to kill hitler (kalau tak silap)' dan juga episod mengenai 'UFO' kita boleh melihat kaitan mengenai zeonisme...Didalam episod 'hitler', terdapat banyak cubaan dari tentera dan pegawai hitler sendiri untuk membunuhnya...tetapi, semua itu hanya berlaku apabila hitler telah "membunuh" orang yahudi di german...kemudian barulah tercetusnya perang dunia apabila hitler cuba untuk menakluk seluruh eropah...

    Yang menjadi konspirasi disini ialah, benarkah pegawai2 tinggi hitler juga adalah penganut yahudi??? Di dalam program yang lain, kita dapat lihat bahawa kebanyakan rakyat amerika ada berdarah jerman(warga yahudi jerman yang lari ke amerika ketika berlakunya pembunuhan yahudi)...kemudian, selepas perang tamat...kebanyakan pegawai tinggi dan tentera NAZI di bawa masuk ke amerika bagi mendapat teknologi ketenteraan jerman (benarkah begitu???)...

    Didalam episod 'UFO' pula, nyata sekali disebut Pegawai tinggi NAZI yang dibawa ke Amerika membawa dokumen dan senjata jerman yang canggih dan "TOP secret" pada masa itu bersama mereka...Antara senjata dan teknologi ini termasuklah "UFO" berbentuk loceng yang dibangunkan jerman...

    antara lukisan pelan teknologi nazi:





    Nyata sekali di dalam 2 episod yang berlainan ini secara tidak sengaja mereka telah membongkar sedikit sebanyak gerak-geri ZEONIS...kita semua tahu, bukannya semua umat yahudi berfikiran zeonis...itu pernah saya jelaskan didalam post yang lalu..

    Lihat barisan kabinet amerika, berapa ramai penganut yahudi? tidak hairanlah, israel selalu sahaja dibela oleh 'uncle sam' sehingga apa sahaja perbuatan mereka tidak dianggap sebagai "pengganas" sebaliknya dianggap heroic..siapa berani menentang amerika?? Satu kuasa veto, dan juga Sistem ketenteraan tercanggih dan termaju didunia??

    KONSPiRAsi?? Jika ini suatu konspirasi, ia adalah suatu konspirasi yang hebat..dirancang setelah sekian lama, dan nampaknya mendatangkan hasil bagi ZEONISME...

    Wassalam...


    >>>semua ini adalah hasil pemerhatian saya...terpulang kepada anda semua untuk menilai..ILHAM@gheragas

    In:

    Tamadun manusia...Civilized/Non-civilized?

    Apa perasaan anda melihat insiden sebegini??












    Bersama kita fikirkan, adakah mereka layak digelar manusia? Manusia adalah khalifah dimuka bumi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk membantu yang lemah dan menegakkan kebenaran...Semakin kita maju kehadapan, semakin luntur peradaban dan sikap berperi-kemanusiaan kita..

    Search This Blog